BAB 15

47 1 0
                                        

"Ahra ! Mari sini papa dan mana ada nak cakap sikit" muka papa sedikit bengis memandang anak perempuannya yang baru saja ingin keluar dari perut rumah

"Haih apa pulak kali ini dia ni nak" nada kesal dikeluhkan secara mendatar lalu Ahra mengambil tempat di sofa.

"Ye? Kenapa pa? " Ahra
"Kalau nak bincang pasal hal semalam. Ahra taknak masuk campur , Ahra tetap dengan apa Ahra cakap semalam" jawab Ahra tanpa menunggu papanya bersuara dia sudah agak yang papanya akan memperbahaskan soal perkahwinannya itu.

"Kamu jangan macam macam , kamu lupa atau saja buat buat lupa soal kejadian yang kamu buat haritu?" Papa menundingkan jari ke arah Ahra yang masih gelisah untuk keluar.
"Dah malukan mama dengan papa ada hati buat macam takda apa yang jadi" hambur mama Ahra pula.
" Ahra tahu ma , Ahra dah malukan family kita. Ahra sedar itu silap Ahra, tapi ma tolonglah jangan paksa Ahra untuk hidup dengan lelaki dayus macam Azman. Ahra berani bersumpah yang Ahra memang takkan pernah bahagia jika perkahwinan ni diteruskan!" Muka yang sayy ditunjukkan jika dapat melembutkan hati orang tuanya .

Pangg!
lantas Ahra memegang pipinya yang terasa sedikit hangat dek tamparan oleh mamanya. "Eh ! Kamu ni memang tak sedar dirikan , siapa yang nakkan kamu tu , kamu itu kotor , bekas Azman mama yakin takda siapa nakkan perempuan yang pernah ada anak luar nikah dan sanggup gugurkan kandungan " herdik mamanya sambil menarik sanggul sehingga shawlnya tertanggal , Airmata kini berjurai jurai jatuh dia tidak sangka mamanya bertindak sebegitu kejam padanya.

"Ahra tahu ma! Ahra minta maaf, Ahra tahu Ahra jijik perempuan kotor. Tapi tolong maa Ahra tak mahu hidup Ahra rosak sekali lagi maa, Tolong!! Tolong jangan buat Ahra macamni maa" Rayu Ahra dipeluknya kaki mamanya makin kuat.
"Masuk bilik kau sekarang! Jangan ingat nak keluar dari bilik kau tu harini dan sampai hari pernikahan nanti, mama kecewa dengan Ahra kalini" Ahra yang berada dikaki tadi ditolak kuat. Papa yang dari tadi hanya diam tidak bersuara dia juga turut terkejut dengan tindakan isterinya.

"Abang kenapa senyap?" Soal mama yang masih lagi baran.
" Eh takda apa. Awat hang nak marah abang pulak kaa?" Gurau suaminya supaya suasana itu kembali jernih.
"Hesh , anak dengan pak sama je menyakitkan hati" jelingan tajam diberi mama
"Nak pergi mana tu awaknya?" Bingung papa yang melihat isterinya sibuk melaram di meja solek.
"Nak jumpa besan saya, nak cepatkan tarikh perkahwinanlah makin kita biar entah apa lagi si Ahra tu akan buat" jawab Mama.
Papa hanya mengeluh seperti memikirkan sesuatu.
_____________________________

"Macam mana anak aku kat dalam bilik tu ye" monolog hati papa yang tadinya sibuk membaca surat khabar baru teringat akan anaknya terus bergegas ke kamar puterinya.

"Ahra sayang, papa ni. Buka pintu papa ada hal nak bercakap dengan kamu ni" pujuk papanya. Sejak dari pagi tadi anaknya keluar dari kamar membuatkan papa kian risau.

"Kalau papa nak cakap pasal tadi tu, takpa lah papa. Ahra takmau dengar bagi Ahra bersendiri." Lunakkan lembut suara Ahra dibalik pintu.

"Bukan sayang, papa nak cakap pasal lain ni. Buka dulu pintunya." Sambil mengetuk pintu bilik anak gadis itu.
"Sayang..." panggil papaa.
Akhirnya setelah lama menunggu tombol pintu dipulas.
"Laahh tak kunci rupanya puas papa ketuk dari luar" kadang kadang papa Ahra suka buat lawak tau.

" Meh sini, Papa tengok muka kamu tu." Wajah mulus Ahra disentuh lembut oleh papanya.
"Allah anakku" mata papa mula bertakung "Sakit?" sambil wajah anaknya yang ditampar mama masih ditelek." Urmm" jawab Ahra. Sejujurnya papanya mula merasa sebersalah sejak dari tadi mana mungkin dia mahu melepaskan anaknya pada orang yang bukan bukan. Bila difikirkan semula memang mereka pernah melakukan hal terkutuk tetapi kebahagiaan Ahra juga penting.

"Ahra, kalau papa tanya kamu. Kamu jawab dengan jujur boleh?" suara lembut papa diajukan. " tanyalah papa.. " Ahra bingung apa yang papanya mahu dia jujur
"Kenapa kamu gugurkan anak tu?" soal papa ingatkan kepastian.
"Aa aaa aahra.." tergagap gagap." Kalau Ahra cakap papa takkan percayakan Ahra." Kesalnya.

"Kalau kamu tak cakap macammana papa nak percaya"jawab papa sambil mengusap tangan anaknya.
" aaa Ahra dipaksa," Ahra masih menunduk.
"Siapa paksa kamu gugurkan cucu papa" tanya papa dengan nada sedikit tinggi.
"Cu cuc cucu?" Lantas Ahra memandang muka papanya.
"Iya cucu papa, walaupun papa tahu kamu buat kerja terkutuk dan malukan papa. Tapi anak tu taksalah, siapa yang suruh kamu gugurkan dulu?" Papa.

"Azman pa.." Ahra kembali menunduk
" Siapa? " dagu Ahra didongakkan keatas.
" Azman.." airmata Ahra kembali mencurah.
"Shhhh. Jangan menangis, kenapa dia suruh kamu gugurkan, Kamu tahu ketidak itu berdosa , baby tu tak salah. Ya allah kenapa lah korang ni" papanya juga turut menangis.

"Ahra minta maaf ayah , masa tu Ahra buntu bila Ahra bagi tahu Azman , Azman terus lari daripada Ahra dan satu hari Ahra jumpa dia , dia ugut Ahra supaya gugurkan anak tu kalau tidak dia , dia nak putuskan hubungan dengan Ahra pa . Masa tu Ahra takut sangat nak bagitahu sesiapa Ahra takut papa dengan mama tahu. Jadi Ahra buat semua tu, Ahra sayang baby tu paa masa tu Ahra gembira sebab Ahra ada anak walaupun Ahra tengah sekolah dan masih terlalu muda masa tu. Tapi Ahra buntu sebab aku Azman tinggalkan Ahra. Ahra minta maaf paa" teresak esak Ahra meneangkan pada papanya.

"Shhh sudah sudah, papa ada sayang. Papa minta maaf papa lalai , papa lalai didik kamu." Tubuh anak gadisnya dia bawa dalam pelukkan makin kuat esakkan puterinya itu. "Ya Allah kau kuatkanlah hati puteriku ini dalam menempuhi dugaanmu dan kau ampunkanlah dosanya" monolog papa Ahra dalam hati.

Peluang KeduaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang