BAB 2

88 2 0
                                    

Sudah 3 bulan Zahra menuntut ilmu di Wakaf Ayahanda Hj.Husin masih tiada lagi jejaka yang dapat mencuri perhatiannya selepas sekian lama dia memendam segala rasa sakit sewaktu alam percintaan dahulu bersama bekas teman lelaki nya. Barulah dia mengerti betapa peritnya untuk lepaska orang yang kita sayang.

Setiap hari student Wakaf Ayahanda Hj.Husin akan berada di tapak berhimpun. Zahra seakan akan mencari senior yang dia langgar tempoh hari. Sedang leka, terdengar suatu suara yang serak basah tetapi masih lembut. "Hah! Cari siapa tu? Pakwa?" Terkejut Zahra dibuatnya.

"Ya Allah! Terkejut saya." Zahra sambil memegang dadanya seakan jantungnya sudah terkeluar dari rangka rusuk.

Azman ketawa kecil "Maaf wak. Tak sengaja.. "
"Cari siapa? Abang ye?" Ujar Azman bertubi tapi sayang tidak dihiraukan.
"Sombong!"keluh hati Azman.

Zahra bukan gemar bercakap dengan mana lelaki yang tidak dikenali melainkan bapanya serta abang juga. Perwatakan Zahra Qaliesya adalah sangat ceria dan manja membuatkan ramai yang cuba untuk berdamping. Malangnya tidak dihiraukan .

Disudut kaki lima Zahra dah rakan sekelasnya sedang bersiap sedia menyusun langkah untuk ke perpustakaan ilmu sekolahnya.sedang ralit dia memerhati akan keindahan awan serta kesyahduan suasana dari kaki lima koridor tingkat 3 itu.

Dengan sekilas pantas seperti dikawal sesuatu seolah olah menggerakkan lirikkan mata hatinya memandang ke arahnya satu bilik darjah dimana pelajar menengah atas berada.

Melihat seorang lelaki yang berbaju kemeja putih, rambutnya sedikit alir ketepi dengan rapi duduk bersebelah dengan pintu bilik darjah.

Zahra Qaliesya terpaku dikaki koridor tersebut seakan patung berhias. Dupdappduppdap!
hatinya seakan kembang kuncup tidak henti apa bila melihat jejaka yang tampan berkulit hitam manis.

"Kenapalah rasa tenang sangat tengok dia."bagaikan sesuatu terlintas difikirannya. Lantas dia pun bergegas masuk ke perpustakaan tersebut apabila sudah dibenarkan oleh guru yang bertugas.

Peluang KeduaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang