Hari yang indah , permulaan pagi yang indah bagi setiap manusia di muka bumi ini. Kota yang penuh dengan manusia yang sibuk dengan urusan dunia. Begitu jugalah dengan seorang gadis remaja yang berusia 19 tahun ini. Di usia mudanya, dia terpaksa bekerja keras seperti orang dewasa yang lain demi meneruskan hidup. Usia mudanya penuh dengan sifat berdikari dan tabah. Dia telah melalui banyak rintangan dalam hidupnya termasuklah berhadapan dengan takdir iaitu ibu bapanya telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya .
" Hany rindu mak dengan abah. Mak, abah, hari ni hany nak mula kerja dah. Alhamdulillah, hany dapat kerja mak."
Paginya tidak sama seperti pagi setiap orang. Paginya, dimulakan dengan butiran-butiran permata yang mengalir dipipinya.
Namun begitu , lain pula bagi lelaki berusia 26 tahun ini, iaitu Haikal. Hidupnya dipenuhi dengan kemewahan dan kesenangan . Dia hanya perlu duduk dan segalanya telah tersedia. Itu menjadi salah satu punca mengapa dirinya menjadi sombong dan angkuh.
" Bibik! Bibik! , mana beg saya ni! Cepatlah, saya dah lewat ni!".
Dia merasakan seolah-olah dirinya sudah cukup berkuasa untuk mengarahkan orang sesuka hati.
" ini encik begnya, ".
" Haish! , lain kali jangan lembab sangat!".
" Encik tak nak sarapan dulu ke?".
" Tak ! , saya sarapan dekat luar je, pagi-pagi dah buat orang takde mood!".Sementara itu Hany,
" nah uniform kerja kau".
" Ouh , ok terima kasih. Emm, nama saya Hany ". Wajah hany memang tidak lekang dengan senyumanya yang manis itu. Bahkan mampu membuat hati orang lain terpukau." Nama aku athirah, boleh panggil aku thirah je. Ok lah , selamat bekerja".
[ aku harap , semunya akan berjalan dengan lancar hari ni. Heheheh , akhirnya , aku dapat juga rasa pengalaman bekerja.]
Bisik Hany didalam hati nya kerana terlalu gembira.
" haish! Hilang mood aku pagi ni, takpe haikal, kau kena sabar . Emmm, mintak-mintak lah kedai ni boleh pulihkan sikit mood aku yang tengah barai ni".
Pintu kedai di tempat Hany bekerja terbuka , itu menandakan pelanggan berkunjung disitu. Ye , pelanggan itu ialah haikal.
"Hany!, tu ada pelanggan baru masuk, pergi layan dia". Sambil menunjuk kearah haikal.
"Eh, ouh,okok". Hany berjalan dengan penuh perasan berdebar kearah haikal. Hal itu kerana , haikal merupakan pelanggan pertama buat Hany yang baru bekerja itu.
" Hai encik , selamat datang ke kedai kami, encik nak makan ape?".
Tanya Hany dengan senyuman." hmm, bagi saya kopi jelah".
" ok, emm, untuk seorang jeke?".
" yelah, ada awak nampak saya duduk dengan orang lain ke dekat sini!. Boleh tak jangan tanya soalan bodoh!".
" ok baiklah".
[ fuhh, sabar hany, ni hari pertama kau kerja, haish!.]
Bicara hany didalam hatinya."Hany nah, ni kopi yang kau pesan tadi".
" ok , terima kasih".Hany berjalan menuju kearah haikal sambil membawa kopi yang telah dipesan oleh nya tadi.
Namun, Hany pada hari ini bernasib buruk, kerana dia telah terjatuh sehingga menyebabkan kopi tersebut tumpah membasahi baju haikal." woi! Kau ni reti buat kerja ke tak ni ha! Habis basah baju aku!".
"Mamamaafkan saya encik, saya tak sengaja".
" Banyak lah kau punya tak sengaja!, kau panggil boss kau sekarang!".Pergelutan itu telah menarik perhatian ramai orang yang berada di situ. Hal itu kerana suara haikal yang seolah-olah dirinya telah dicederakan oleh Hany.
" ye saya boss di kedai ini, saya betul-betul minta maaf pada encik atas kecuaian pekerja saya. Lagi pun dia merupakan pekerja baru di kedai ni".
" ahh! Peduli apa aku! Kau tak reti pilih pekerja ke hah!? . Aku tak kira aku nak kau pecat dia , hari ni jugak . Depan aku. Ini merupakan hukuman pada dia!".
" Tatapi , dia baru saja mula kerja hari ni".
" Kau nak buat, atau kau nak aku saman kedai kau ni! ".
" em, baiklah. Hany , awak tak perlu datang kerja pada hari esok dan hari-hari yang lain. Awak boleh balik sekarang, awak dah di pecat".Hari yang gembira buat hany akhirnya diakhiri dengan air mata.
[ setiap ujian yang datang pada kau , pasti ada hikmah nya hany, kau kena kuat.]
Langkahnya pulang kerumah penuh dengan kesedihan. Air mata dan juga dirinya , seperti sudah tidak dapat dipisahkan....
YOU ARE READING
my sweet wife
Romance" kenapa aku mesti dengan kau?" pertanyaan itu, semestinya menjadi soalan yang paling sukar untuk Hany jawab. seorang remaja yang berusia 19 tahun perlu berhadapan dengan seorang lelaki yang berusia 26 tahun sepanjang harinya. "kau tau tak, yang a...