" Ibu bersyukur sangat hany dah sah jadi isteri haikal. Mulai hari ni hany kena panggil saya ibu ".
" Baiklah ibu".
" Emm, ok lah , pergilah masuk bilik tu . Lagi pun dah malam ni. Rehat ok, haikal mesti dah tunggu kamu".Berat hati hany untuk melangkah masuk kedalam bilik itu. Berat baginya untuk berhadapan dengan suaminya sendiri.
Dengan perlahan hany melangkah masuk kedalam bilik yang sunyi itu. Kelihatan haikal sedang baring diatas katilnya yang empuk itu.
Belum sempat hany meletakkan badannya diatas katil, haikal telah memberinya arahan." mulai hari ni, kau tidur dekat bawah. Aku taknak tidur dengan budak mentah macam kau. Ingat perjanjian yang kau dengan aku dah buat faham!".
Perjanjian yang disebutkan oleh haikal tersebut , merupakan perjanjiannya dengan hany . Hany bersetuju dengan perjanjian yang dibuat oleh haikal iaitu hany perlu mengikut segala arahan yang diberikan oleh haikal tanpa melakukan pembantahan.
Hany membaringkan tubuhnya , hatinya rasa pilu, hatinya rasa sedih, hatinya rasa rindu.
" Mak, abah, hany rindu mak abah. ".
Air mata mengalir bagai kan air sungai yang mengalir deras. Dia tidak dapat menahan perasaan rindunya terhadar ibubapanya itu.
Malam masih muda, namun , hany tidak dapat melelapkan matanya . Perutnya sakit bagaikan ditikam pisau. Manakala haikal pula sedang enak tidur melayan mimpi.sakit perut hany semakin menjadi-jadi, dia memulakan langkahnya dengan perlahan menuju ke tandas.
" Aduh!, time2 macam ni lah dia nak period. Aduh sakitnya, sebelum ni tak pernah pulak sakit macam ni ".
Sambil bersandar di tepi katil tempat haikal tidur, hany berusaha menahan sakit perutnya itu. Badan hany dipenuhi dengan peluh dan mukanya menjadi pucat. Mungkin sakitnya itu tidak pernah dialami selama ini. Tiba-tiba, lampu menerangi bilik itu.
" Kau ni kenapa? Tak retik nak tidur ke?".
Namun hany hanya berdiam diri . Dia menundukkan kepalanya sambil memegang perutnya yang sakit itu.
" Budak ni dah kenapa , kena sampuk ke , woi! Aku tanya tu jawablah, kau kenapa?".
" sasasakit".Hany menjawab lemah.
"Hah? , sakit , kau kenapa ni?".
Tanya haikal dalam keadaan risau sambil memegang bahu hany. Hany meletakkan kepalanya di bahu haikal . Mukanya menjadi semakin pucat dan dipenuhi peluh.
" Pucatnya muka kau , kau sakit dekat mana ni, cuba bagi tau aku".
Sambil mengelap wajah hany yang dipenuhi peluh dengan menggunakan bajunya.
" Perut saya sakit".
" Hah , perut?, amm, jap aku ambil minyak angin".Haikal mengambil minyak angin lalu mengangkat baju hany supaya dia dapat meletakkan minyak angin itu di perut hany.
" Awak buat apa ni!?".
Sambil menahan tangan haikal.
" Aku nak tolong bagi sakit perut kau ni sembuhlah".
" Takpayahlah, saya boleh buat sendiri".
" Oklah kalau macamtu! Kau buat lah sediri! Nah! Aku nak tolong jual mahal".Kedengaran bunyi burung-burung yang indah menyerikan pagi. Tanpa di sedari, pagi telah pun tiba. Hany tersedar dari tidurnya dan dia berasa lebih baik daripada hari semalam. Sakitnya semakin berkurangan. Namun dia berasa pelik, bagaimana , dirinya terbaring diatas .
Hany berjalan menuju kearah dapur, namun dia tidak melihat sebarang kelibat haikal.
" Ehh, ibu, kenapa tak tunggu hany bangun, boleh hany tolong ibu buat sarapan".
" Hany dah bangun. Ibu boleh buat sendirilah. Takpe, ibu tau kamu penat kan semalam".
" Papa mana ibu?".
" papa dah pergi kerja dah, ni ibu pun nak kena keluar ni. Nak jumpa kawan ibu kejap. Kamu makanlah, haikal nanti dia balik lah tu . Dia pergi bersenam tadi".
" Ohh ok, hati-hati bu".Katika hany sedang menikmati sarapan, dia terdengar suara tapak kaki berjalan menuju pergi ke arahnya. Iaitu haikal yang baru sahaja pulang.
" emm, ibu mana ni?".
" ibu pergi keluar jumpa kawan kejap, awak , jomlah makan sekali ".
" Ouh. Kau ni memang nak kahwin dengan aku di sebabkan harta ke haa?. Cuba kau terus terang je dengan aku!".
" Mana ade, saya ikhlas nak berkahwin dengan awak. Mungkin kita boleh jadi lebih rapat selepas kahwin , walaupun kita tak pernah kenal".
" Hahaha, rapat? Huh! Memang tak akan pernah berlaku! Kau ni memang pandai berlakon baik kan".Ketika haikal menolehkan badan nya untuk pergi dari situ, hany dengan pantasnya menarik tangan haikal dan memegang nya.
" Awak saya mintak maaf, kalau dengan kehadiran saya dah membuat hidup awak musnah. Tapi tolong lah , bagi saya jadi isteri yang terbaik untuk awak".
Sambil memegang tangan haikal.
" Sedar pun yang kau tu dah musnahkan hidup aku. Dahlatu aku nak pergi mandi".
1.45 minit petang, ketika hany sedang bersedia untuk masak, tiba-tiba , dia mendapat pesanan ringkas dari ibu dan bapa mertuanya, bahawa mereka tidak pulang pada hari ini. Kemungkinan mereka akan pulang pada hari esok , kerana mempunyai urusan kerja.
" Kau nak buat apa tu?"
" Masak untuk makan tengah hari".
" Tak payah!, kita makan luar je . Lagipun kita dua je yang tinggal".Hany termenung seketika.
" Kau tunggu apa lagi dekat situ cepat lah pergi siap. Ke nak aku angkat kau naik atas?".
" Ehh, tak, tak. Saya pergi siap sekarang".
" Aku bagi kau lima minit je, kalau tak aku tinggal".Wajah haikal kelihatan tersenyum setelah melihat riaksi hany yang cuak tadi. Suasana sunyi sepi berlaku, ketika mereka dalam perjalanan.setelah selesai meletakkan kereta, mereka berjalan menuju kesebuah pusat beli belah.
" Aku nak beli barang kejap. Nanti kita pergi makan".
Mereka memasuki sebuah kedai buku, kerana haikal ingin membeli buku , untuk urusan kerjanya. Ketika hany sedang asyik malihat buku-buku yang ada disitu, sementara menunggu haikal, dia telah ditolak oleh salah seorang pekerja lelaki disitu sehingga jatuh. Hany terkejut kerana dia tidak membuat sebarang kesalahan.
" Kenapa ni encik?, kenapa encik tolak saya".
" Kau tu tak sedar diri ke hah! Kau dengan penampilan miskin kau ni, ada hati nak masuk kedai yang mahal ni! ".Haikal yang sedang sibuk memilih buku , telah melihat kejadian itu. Dia melihat hany duduk diatas lantai dan tangannya telah cedera.
" Ehh! Awak ni pekerja je kan dekat sini?".
Sambil mengangkat hany bangun.
" ye, saya pekerja di sini".
" Ouh kalau macam tu , kenapa awak bercakap sepeti awak ni seorang boss di sini. Awak tahu tak ! Yang awak tolak ni isteri saya!".
" Ouh, maafkan saya tuan, saya tak sengaja".Haikal dan hany hanya berlalu pergi dari situ tanpa membeli sebarang buku. Ketika mereka berjalan untuk makan, tiba-tiba haikal telah memberhentikan perjalanannya secara tiba-tiba.
" Sakit ke tangan tu?".
" Ehh, tak lah . Sikit je ni ".
" Boleh tak jangan menipu, merah macam tu cakap sikit. Meh sini".Haikal memegang tangan hany dengan penuh lembut dan meniup tangan nya.
" Mulai hari ni aku nak kalau kau berjalan dengan aku, kau kena pegang tangan aku, faham. Ini satu arahan, kau tak boleh tolak.
" Baiklah".Mereka berjalan berpeganggan tangan sepanjang mereka berada di luar. Hany dapat merasakan sentuhan tangan haikal yang hangat mengenggam tangan nya dengan penuh erat dan lembut. Hany berasa pelik, mengapa haikal kadang-kadang menjadi baik dan kadang-kadang menjadi sangat menakutkan......
YOU ARE READING
my sweet wife
Romance" kenapa aku mesti dengan kau?" pertanyaan itu, semestinya menjadi soalan yang paling sukar untuk Hany jawab. seorang remaja yang berusia 19 tahun perlu berhadapan dengan seorang lelaki yang berusia 26 tahun sepanjang harinya. "kau tau tak, yang a...