" Haikal tak setuju!, kenapa pulak haikal kena kahwin dengan orang yang haikal tak kenal dan cinta".
" Ibu tak kira, ibu nak haikal kahwin jugak dengan hany. Lagi pun hany tu baik".
" Haikal tak kenal pun sapa hany tu bu, . Kenapa ibu nak sangat haikal kahwin dengan dia haa?".
" Hany tu anak arwah kawan ibu, mak dengan ayah hany dah meninggal dalam kemalangan".
" Jadi , apa kena mengena dengan haikal? ".
" Ibu nak haikal kahwin jugak dengan hany! Ibu nak hany jadi menantu ibu! ".
" Tak nak! Haikal taknak kahwin dengan dia!".
" Haikal! Kalau kamu tak kahwin dengan hany, ibu akan pastikan kamu merempat di tepi jalan buat selama-lamanya. Ini amaran! Faham!".
Haikal terdiam, dia seolah-olah tidak mampu untuk mengatakan tidak keatas permintaan ibunya itu.
" Esok ibu nak kamu ikut ibu, jumpa dengan hany. Ingat!, ibu tak main-main dengan apa yang ibu cakapkan tadi".
Setiap manusia tidak akan pernah dapat melarikan diri daripada berhadapan dengan masalah. Hany menjadi bingung seketika , kerana seorang lelaki yang berpakaian serba hitam telah memberi arahan kepadanya untuk mengikutnya pergi ke sebuah tempat pada hari esok.
" Siapa dia? , kenapa dia nak aku ikut dia. Hmm, entah-entah! Dia nak buat benda yang tak baik dekat aku!. Tapi, dia ada cakap tentang kawan mak. Takpalah, baik aku bawak serbuk lada hitam ni, sebagai langkah berjaga-jaga".
Keesokan pagi nya, cahaya matahari bersinar menerangi bumi, Hany bangun meneruskan paginya dengan harapan, harinya itu akan menjadi hari yang indah.
" kenapa pakcik nak saya ikut pakcik?".
" Saya telah diarahkan oleh puan untuk memastikan kamu selamat sampai ke rumahnya".
" Hah! Pakcik nak culik saya ke ni?! . Tolong lah pakcik, saya ni dah tak de sapa-sapa lagi untuk tebus saya pakcik. Huhuhu~".
" Jangan risau , saya dan puan bukan orang jahat".Kereta yang dinaiki hany berhenti betul-betul dihadapan sebuah rumah yang sangat besar.
" wow, besarnya. Ni rumah ke istana".
" Jom masuk, puan tengah tunggu kamu di dalam".Hany melangkah masuk kedalam rumah tersebut. Alangkah jakunnya hany apabila melihat rumah yang secantik itu, kerana sebelum ini dia hanya lah tinggal di rumah sewa yang usang.
" ehh! Hany! Sini!".
Lambai ibu haikal kepada hany sambil tersenyum.
" Silakan duduk. Kalau saya tak salah, awak hany kan?".
" Haah, ye saya hany. Tapi macam mana puan boleh kenal saya?".
" sebenarnya, saya ni merupakan rakan rapat ibu kamu. Kami berpisah setelah dia berkahwin. Saya terpaksa berpindah ketempat lain. Setelah bertahun-tahun, saya berusaha untuk mencarinya semula, akhirnya saya dapat tahu bahawa dia dan suami telah meninggal ".
" Tapi macam mana puan boleh cari saya?".
" Saya dapat tahu bahawa mereka ada meninggalkan seorang anak perempuan mereka kepada saya , untuk saya jaga sebelum mereka meninggal. Dan anak itu adalah awak".Hany hanya terdiam setelah mendengar segala penerangan daripada ibu haikal. Dia tidak pasti sama ada hendak menagis, gembira, atau terkejut.
" Jadi , tujuan saya membawa kamu datang kesini adalah ingin melamar kamu untuk anak saya".
"Huh! Melamar! Tapi puan saya baru je umur 19. Lagipun, saya belum bersedia untuk jadi isteri".
" Ye, saya tahu, tapi ini demi kebaikan kamu. Dan saya akan berasa bersalah, sebab ibu kamu telah memberikan amanah ini untuk menjaga kamu. Hanya dengan cara ni je saya boleh tunaikan amanah tu".
" Tapi, saya tak kenal dengan anak puan pun".Tiba-tiba, keluar seorang jejaka tampan yang berpakaian kemas jalan menuju kearah mereka. Orang itu ialah haikal.
"Ehh, haikal, hah hany , inilah anak saya, satu-satunya. Haikal, nama dia haikal. Lagipun haikal pun dah setuju untuk kahwin dengan kamu. Haikal, nilah hany".
" Ohh, hai, aku haikal. Hmm betulah tu , aku memang dah setuju nak kahwin dengan kau. Jadi aku pun harap kau pun setujulah. Dah lahtu bu , haikal ada hal jap , jumpa malam nanti".
" Ehh haikal tuggulah kejap".
" hmm dasar budak mentah. Kahwin dengan aku mesti sebab harta. Tak sedar diri umur baru 19".Kata haikal perlahan sambil berlalu pergi.
"Emm, macam mana, hany, kamu setuju? Jangan risau haikal tu baik tengok je dia kasar macam tu tapi sebenarnya dia penyayang".
" Hmm, kalau itu yang telah diamanahkan oleh ibu saya, ya, saya setuju untuk berkahwin dengan anak puan ".
" Alhamdulillah, syukurlah kalau macam tu, nanti saya akan uruskan semua persiapan kamu dan haikal untuk kahwin. Kamu hanya perlu tunggu je ok".Wajah hany tersenyum pahit, dia tidak pasti sama ada keputusannya untuk berkahwin dengan haikal adalah keputusan yang betul atau sebaliknya.
Sebulan telah berlalu, kini tibalah masanya hany dan haikal diijabkabulkan . Ibu haikal mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka sebelum anaknya itu berubah fikiran.
Alhamdulillah dengan hanya sekali lafaz sahaja, hany telah bergelar isteri kepada haikal.
" Hany , pergilah masuk bilik dulu, ibu nak layan temu kejap".
" Baik ibu".Hany duduk di atas katil yang dipenuhi dengan bunga sambil merenung keluar.
" Macam tak percaya je yang aku dah bergelar sebagai seorang isteri kepada lelaki yang aku tak pernah kenal".
Tiba-tiba pintu biliknya terbuka dan kelibat haikal masuk lalu menarik hany rapat kedinding. Sambil merenung tajam kemata hany tanpa sebarang senyuman diwajahnya.
" Kau jangan ingat, dengan segala cerita sedih yang ada dalan hidup kau, mampu buat aku terima kau sebagai isteri aku!".
" Mungkin kau boleh hasut ibu aku, tapi aku tak!. Aku nak kau ikut cakap aku , kau faham tak!".Hany hanya terdiam, dia berfikir, adakah hidupnya selepas ini akan menjadi lebih teruk.......
YOU ARE READING
my sweet wife
Romance" kenapa aku mesti dengan kau?" pertanyaan itu, semestinya menjadi soalan yang paling sukar untuk Hany jawab. seorang remaja yang berusia 19 tahun perlu berhadapan dengan seorang lelaki yang berusia 26 tahun sepanjang harinya. "kau tau tak, yang a...