🕸 1

19 2 2
                                    

3/1/2018, 6.00 a.m.

Tenenet !tenenet !tenenet!   PAP!

"Memekak je"  

          Menggumam pada pagi hari menjadi salah satu tabiatnya. Setelah menguap dan meregang badan sedikit, dia memulakan hari dengan menuju ke arah tandas untuk membersihkan diri. Ini adalah rutin hariannya meskipun hari cuti melanda. Tabiat yang diajar oleh ibunya bukan selalu diikuti tetapi, dia tidak mahu mendengar segala bebelan yang direka khas untuknya.

            Setelah membersihkan diri dan mengambil wuduk, dia membuat rutin yang seterusnya. Dia segera menunaikan solat kerana jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Selepas menunaikan kewajipan sebagai seorang muslimat, dia termenung memandang dinding di hadapannya. Dinding yang bersih putih, tiada kecacatan itu, dilihat mendalam. Perasaan yang tidak pernah aman ini, dia cuba selami. Pelbagai persoalan muncul di benak fikirannya.

          Selepas termenung buat seketika, akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengemas bilik dan menolong ibunya di dapur. Sepanjang dia mengemas, mulutnya juga tidak sah jika tidak berkerja sekali. Diceloteh sana sini tidak ubah seperti terdapat manusia lain di biliknya yang sudi untuk menadah telinga. Segala berita hangat yang sedang disiarkan di media sosial menjadi inti panti dalam sembangnya. 

          Berpuas hati dengan hasil kemasannya, dia membuka langkah untuk ke dapur yakni di mana ibunya sedang menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga. Sedang dia menggunakan tangga, dia memandang sekeliling jika abang atau kakaknya sudah bergiat aktif ataupun tidak. Tiada tanda-tanda yang ditunjukkan maka dia meneruskan langkah yang tergendala tadi dan berjalan seperti tiada masalah.

          Dilihatnya ibu yang sedang membelakangi maka terpacul satu idea jahat. Pada pagi hari pun nak sakat orang? Terjengket-jengket kakinya agar tidak terdengar satu suara pun oleh tuan empunya badan. Dia menarik dan menghembuskan nafasnya agar perasaan gemuruh pudar sedikit demi sedikit. 

Satu..dua..tiga!

          "Opocot mak aku masih muda hey hey hey!" melatah emaknya tidak dapat dikawal. Habis satu rumah terjaga dek suara lantang ibunya.

          Dia berdekah sehingga terlentang di atas lantai. Sakit di perutnya akibat ketawa yang melampau semakin menyengat. Tetapi apa yang dikesahnya? Makin galak menggelakkan ibunya ada lah! Ibunya memandangnya seperti mahu membaham. Alamak, singa sudah mari!

 "Adik! nasib baik mama tak ada sakit jantung tahu tak? kalau ada, hah adik nak tanggung? nak?" dia menggeleng. Ketawa yang masih bersisa sedaya upaya dihapuskan agar hati kecil ibunya tidak terguris. Dia membetulkan suaranya yang sudah bertukar serak kepada normal.

"Alaa mama, adik main-main je. Jangan serius sangat" 

           Tersengih adalah jalan terbaik yang dia boleh buat untuk waktu-waktu genting macam ni. Ibunya hanya menggeleng perlahan dan menyambung kerja yang tergendala. Dia mencebir atas ketidaklayanan ibunya dan secara tidak langsung, kakinya melangkah ke luar rumah. Destinasinya ialah untuk memanjat tembok yang terpisah antara jiran sebelah.

         Eh? Dia bukan nak mengusyar ke apa. Cuma nak jerit--

"WEH SELAMAT PAGI!"

          Lelaki yang ditegur memandang dan menayangkan muka terkejutnya. Selepas mengusap dadanya daripada degupan yang tidak terhenti, dia menjeling gadis itu dan berura-ura hendak membaling batu kolam yang terdekat. Tergendala aktivitinya untuk menyiram pokok hasil buatannya. 

          Disebabkan oleh ketakutan dihentak batu bersaiz cantuman tiga jari itu, dia sudah kehilangan keseimbangan badan dan jatuh seperti nangka busuk.

Starlight     [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now