Prologue

26 2 0
                                    

          HARI yang indah disertakan dengan awan yang membiru, sangat menenangkan. Matahari baru sahaja memunculkan diri sedikit demi sedikit memandangkan sudah pukul 7.45 pagi. Pemandangan yang disanjung oleh semua insan ini, terhalang oleh satu langsir berwarna seakan-akan kekelabuan hitam.

          Insan yang sedang bersandar pada kepala katil itu kelihatan sangat lemah. Mulutnya seakan-akan sedang menggumam sesuatu. Matanya yang merah dan mempunyai garisan hitam membuktikan bahawa dia tidak mendapat tidur yang secukupnya. Posisi katilnya sangat tidak tersusun dengan selimut yang berjela dan bantal yang bersepah. Di atas lantai, usah diceritakan. Terlampau, teramat, tersangat bersepah! Keadaan bilik ini persis tongkang pecah. Dengan baju yang berselerak, barang-barang yang dijatuhkan juga dihempas. 

          Tidak lupa juga pada tompokan yang terdapat di atas lantai. Tompokan darah? Bukan sahaja di atas lantai, malah di atas katil. Darah yang bertitik itu berbau hanyir dek jangka masa yang lama tidak dibasuh. Siapakah gerangan yang tertumpas di dalam bilik kelam ini?

          Secara serta-merta, insan itu menggigil. Menggumam perkataan yang sukar untuk difahami serta menggeleng perlahan. Rambut insan itu sangat serabai dan bajunya tidak terurus persis gelandangan. Perlahan-lahan, air matanya menitik, membasahi bingkai gambar yang dipegang erat. Jika mengikut mata kasar, gambar yang dipotret itu menunjukkan sebuah keluarga bahagia di sebuah tasik. Keluarga itu mempunyai 7 ahli akan tetapi, terdapat satu gerangan yang menarik minatnya.

          Lelaki  berkemeja maroon yang berdiri di sebelah gadis seiras dengannya, sedang tersenyum bahagia. Senyuman yang terlakar di bibir gadis itu, sangat manis. Manis bak air gula yang pekat. Tetapi, air gula juga semakin tawar jika ditambah air berlebihan, bukan? Begitu juga dengan senyuman yang terlakar kini. Dulu dan kini ialah suatu perbezaan yang ketara. Jika dahulu kita tersenyum lebar, tidak mustahil jika kini kita tersenyum hambar. 

            Insan itu berhenti menangis kemudian menapak perlahan-lahan menuju ke cermin yang sudah berdebu. Cermin yang memantulkan keseluruhan badannya itu dibelek. Terdapat retakan di bahagian tengah, berkemungkinan itu adalah hasil lemparan. Tiba-tiba, matanya tertancap pada muka yang terpantul dek refleksi cermin. Dipegang cermin itu seakan-akan sedang mengusap muka itu. 

          Buat kesekian kalinya, dia menangis sehingga terduduk. Menyesal dengan kehidupan yang dilalui sudah tidak dapat dihapuskan. Satu persatu memori melintas di kepalanya dan suara-suara orang tersayang semakin terngiang di telinganya. Sakit di pergelangan kaki diketepikan. Sakit di hati mengatasi segala-galanya! Peritnya hanya Tuhan sahaja yang tahu, bagaimana kesungguhan yang ditunjukkan diabaikan malah diperkecilkan. 

          Mengapa? Mengapa diri ini pembawa malang? Kalau aku tidak lahir di dunia ini, pasti semua bahagia, bukan? Pasti semua sedang bergembira ketika ini. Pasti semua dapat menikmati aktiviti yang mereka inginkan. Kalaulah aku tak ada. Kalaulah aku tidak dicipta. Mengapa aku ditakdirkan sedangkan aku hanya membawa kematian pada orang sekeliling aku?

          Teruskan kehidupan. Move on. Lupakan perkara yang lepas. Let bygone be bygone. Percaya qada' dan qadar. Mudah bukan? Mudahnya bertutur, tetapi sukar untuk melakukan. Kalaulah bertutur ini mudah seperti melakukannya, aku tabik. Orang di sekeliling memaksa aku untuk melupakan perkara lepas, tetapi apakan daya? 

Kerana akulah pembunuh mereka.


Bahagianya mereka menentukan hidup saya ke arah mana.

Starlight     [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now