9.30 PAGI
Rina termenung tanpa sebarang mood, dia hanya memikirkan untuk balik.
Disebelah rina, jimin masih tidur.
Gangguan yang dialami makin teruk. Apabila waktu malam, rina sering diganggu dengan katilnya yang bergoyang, selimut ditarik, kadang ii ternampak sosok yang mengintai nya di sudut gelap.
Bawah mata nya hitam seperti panda, sudah beberapa hari dia tidak tidur dengan cukup. Jikalau ada peluang sekali pun, dia takkan dapat tidur, kerana, ia takkan serik mengganggu wanita malang itu.
Oleh kerana dengan keadaan nya yang kekurangan tenaga, rina tertidur secara menyandar di kepala katil.
___________________________
Suatu bauan hanyir yang kuat seperti bangkai telah merosakkan lena rina dan dia terbangun. Pandangan mata nya yang masih kabur akibat mamai menyukarkan nya untuk melihat akan tetapi bauan itu seolah hampir dengannya.
Setelah menggosok mata berulang kali barulah dia sedar akan jimin yang berada disebelahnya telah berubah kepada mayat yang reput sehinggakan tulang dan organ dalaman nya dapat dilihat dengan jelas dimakan oleh ulat sampah. Darah yang pekat dan hitam juga melumuri seluruh tilam yang sememangnya busuk. Melihat keadaan mayat itu seperti ia telah lama mati.
Suara rina terkunci serta pergerakkan nya. Di hadapan nya terdapat suatu sosok yang menyerupai jimin tetapi keadaan nya langsung tidak seperti manusia normal. Badan nya seolah digilis hancur yang membuakkan organ ii dalaman itu keluar dari perut dalam keadaan hancur berkecai dengan cecair pekat likat yang menumpah numpah ke lantai iaitu darah. Biji mata nya juga tiada serta rahang yang patah membuatkan jimin ternganga luas dengan darah penuh di mulut. Dengan keadaan kaki kanan yang hancur dan senget dia mengesot mendekati rina.
Pergerakkan rina terbuka sedikit demi sedikit dan dia berlari ke balkoni, jimin mengejarnya sambil menjerit persis zombie. Rina makin tergamam apabila satu bilik nya bertukar merah seperti dicat dengan darah. Bukan itu sahaja, di dinding itu juga dicalit suatu ayat,
"Awak tak sedar yang saya dah lama mati!"
Tiada jalan lain untuk rina lari, kiraan dibuat bahawa tingkat antara tanah dan bilik nya ialah ialah tingkat 7. Daripada melihat keadaan yang dialami nya, dia tekad untuk meloncat, supaya dapat menyelamatkan diri.
___________________________
Pengunjung ii disambut mesra oleh penyambut tetamu di pintu masuk utama. Suasana di bawah begitu meriah dengan campuran pengunjung serta orang awam yang berada di kawasan hotel tepi pantai itu. Pesta kecil yang dibuat yang mulanya sangat harmoni bertukar kepada ngeri apabila seorang wanita terjun dari tingkat 7 berlumuran darah apabila kepala nya terhentak pada permukaan konkrit yang sememangnya keras.
___________________________
5 BULAN BERLALU
Rina tersedar dari koma yang panjang. Seorang nurse yang perasaan akan kesedaran rina memanggil doktor yang berada di luar wad.
Rina melihat keadaan nya yang dibalut di bahagian kepala dengan pembalut yang tebal dan tiub darah yang disalurkan darah ke dalam badan nya.
Seorang doktor masuk ke dalam wad beserta file ii di dalam tangan dan menyambut rina dengan satu senyuman mesra.
Kau sape.. - rina.
Aku namjoon, kawan jimin, tugas aku untuk jaga kau. Rina, cakap yang kau ingat aku. - namjoon.
.... - rina.
Namjoon menundukkan wajah nya, kemudian dituliskan sesuatu ke dalam buku laporan. Semula, dia menghadap rina. Sesuatu dikeluarkan daripada file, lalu ditunjukkan kepada rina.
Ni gambaran x-ray yang telah dibuat semasa kau telah dibawa ke hospital - namjoon.
Gambaran rangka kepala yang retak akibat hentakan konkrit itu kemudiannya disimpan semula ke dalam file.
Nasib baik, sebab takde effect dekat otak. Rangka kau tak berlanggar dengan otak, so kau kiranya terselamat dari maut. - namjoon.
...Tolong tepi sikit? Jimin dah lama tunggu kat belakang. - rina.
YOU ARE READING
HONEYMOON?
Horreur[malay FF] ✔REMADE✔ Kisah ringkas tentang sepasang suami isteri, Park Ji Min dan Park Ri Na, sewaktu bulan madu mereka. Kisah yang memfokuskan Ri Na/ Rina, yang mengalami gangguan sewaktu bulan madu, yeke "bulan madu" ?