Suri Merah part 1

2.3K 35 4
                                    


Raga yang berisi akar-akar kayu diletakkan perlahan ke atas meja.selendang merah yang tersangkut dikepala ditarik.nafas penat dihela bersama rasa bahang yang menyebabkan beberapa titis peluh muncul dipermukaan dahi.akar-akar kayu yang dicarinya tadi diambil lalu dibawa ke sinki.air paip mencurah perlahan membasuh sisa tanah yang masih terlekat.periuk kecil dicapai dan diisi sedikit air lalu dimasukkan akar-akar kayu itu.api dinyalakan sederhana.

Seketika dia termenung.beberapa kejadian terimbas kembali dibenak fikiran membuatkan dengusan kasar kedengaran.api ditutup setelah apa yang dimasaknya sudah mendidih.cawan dicapai lalu dituang air akar kayu itu kedalamnya.terkumat-kamit bibirnya membaca sesuatu sebelum dihembus kedalam air itu.
Lenggang lenggok gayanya berjalan menuju ke ruang tamu.senyuman manis terhias dibibir bikin sesiapa yang melihat pasti jatuh hati.sopan dia meletakkan cawan itu.
"jemputlah minum."pelawanya bersama gemersik suara yang lembut.wajahnya ditunduk sedikit bila insan dihadapannya tidak henti-henti memandangnya sambil tersenyum gatal.

Pak sudin mencapai cawan itu lalu dihirup sedikit airnya.kepalanya tergeleng-geleng sambil mata dipejam.suri hanya memerhati tingkah pak sudin itu.
"pandai suri buatkan air.manis!"ujar pak sudin dan sekali lagi dia menghirup air itu sehingga habis.
"tujuan apa kedatangan abang ke sini?"pak sudin tersenyum bila diajukan soalan dari suri.pak sudin berdehem sebelum memulakan bicara.tiba-tiba saja tekaknya berasa gatal.

"abang ada hajat besar dan abang harap suri sudi mendengar hajat abang ni."suri mengangguk sekali sambil tersenyum.pak sudin yang melihat akan reaksi suri itu segera menyeluk kocek seluarnya.dikeluarkan satu kotak kecil berbalut baldu merah.kotak kecil itu dibuka dan diletakkan diatas meja kecil dihadapannya.
"sudi tak suri jadi permaisuri dalam hidup abang?"suri hanya memandang cincin emas itu tanpa menyentuhnya.seketika wajah suri berubah muram.

"bukankah abang sudah beristeri?tiadakah rasa kasihan dalam diri abang andai isteri abang mengetahui akan hal ini?"pak sudin mendengus perlahan.sudah terbukti apa yang bermain dibenaknya sebelum ini.suri pasti menolak lamarannya.
"kalau suri terima lamaran abang,abang akan ceraikan isteri abang.abang akan jadikan suri saja permaisuri hati abang".balas pak sudin yang berusia 56 tahun itu.senyuman terukir dibibir suri.dia memandang lama wajah pak sudin.
"betul?abang tidak bohong?"pak sudin menggeleng laju kepalanya.suri bangun dari duduknya dan berjalan menghampiri pak sudin.dia membisikkan sesuatu ditelinga pak sudin.

"kalau begitu suri tunggu dibilik."terbeliak biji mata pak sudin mendengarnya.faham benar akan maksud yang tersirat disebalik kata-kata suri itu.dia memandang suri yang cantik dalam kebaya merah.suri tersenyum dan terus mengatur langkah menuju kebilik yang sedikit terselindung.dengan rasa tidak sabar pak sudin menurut langkah suri.pak sudin mengerut keningnya sambil memerhati ruang bilik yang kosong itu.perasaan hairan menjengah dalam diri kerana mendapati suri tiada dalam bilik itu.
"suri.."panggil pak sudin sambil matanya melilau memandang seluruh bilik.suasana suram dalam bilik itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa seram dalam diri pak sudin.

BAMMM!!! Bunyi kuat terhasil dari hentakan pintu yang terjadi secara tiba-tiba.pak sudin menoleh memandang pintu.laju langkahnya diatur dan tombol pintu dipulas berkali-kali dengan harapan pintu tersebut dapat dibuka.
"hoii!!buka pintu ni.suri...buka pintu ni sayang..jangan main-main dengan abang".jerit pak sudin kuat.sekali lagi dia mencuba tetapi pintu tetap tidak boleh dibuka.
"Aaarrrrkkkkkk..."satu suara menerpa ke gegendang telinga pak sudin.tingkah pak sudin terhenti.jantung berdegup kencang bersama seribu rasa takut yang menerjah dalam diri.perlahan pak sudin menoleh kebelakang.

Tubuhnya terjelopok jatuh kerana kakinya tidak lagi mampu menampung badannya akibat rasa terkejut yang melampau.
"jangan..."hanya itu yang mampu diucap pak sudin apabila retina matanya menangkap satu lembaga berambut panjang sedang merangkak kearahnya.tubuh yang penuh dengan darah dan lidah yang terjelir panjang memandang tepat pak sudin yang cuba mengengsot menjauhkan diri.dari luar rumah usang itu terdengar jelas suara pak sudin menjerit kesakitan dan diselang seli dengan suara yang seakan-akan sedang membaham sesuatu.

BERSALAMAN

SURI MERAH❤️Where stories live. Discover now