Suri Merah Part 3

1.1K 16 0
                                    


"ni arwah ayah dan mak aku.diorang meninggal masa aku umur 8 bulan sebab kemalangan jalan raya.masa tu bulan puasa.lagi 3 hari nak raya.mereka ke pekan nak beli baju raya untuk aku.mereka tak bawa aku sebab tokwan aku tak bagi.kata tokwan masa tu hari panas.risau kalau aku nangis.tak sangka itu merupakan hari terakhir aku bersama mereka.kata tokwan sebelum mereka pergi mak macam tak mahu lepaskan aku.mungkin dia dapat rasa yang dia akan tinggalkan aku."air mata menitis perlahan membasahi pipi amir.serta merta perasaan serba salah menerjah dalam diri danial.bahu amir dipegang.

"aku minta maaf mir.aku tak bermaksud nak buat kau sedih.maafkan aku.."amir segera menyesat air matanya.dia tersenyum memandang danial.
"tak apa.mungkin aku yang terlebih emosional.ehh!apa kata petang ni aku bawa kau ronda kampung.amacam?"danial mengangat ibu jarinya tegak.
"cantikk!!boleh la aku hirup udara segar kampung ni.dan mana tahu ada awek-awek cun.bolehlah aku kenal-kenal".balas danial bersemangat.

"mat,ajak kawan hang mai makan.tokwan hidang semua dah."kedengaran suara pak yusuf memanggil dari arah dapur.amir memberi bahasa isyarat kepada danial dengan mengangkat kening sedikit sambil kepala ditoleh kearah dapur.laju danial berjalan memandangkan perutnya sudah pun berbunyi minta diisi.

"perghh!!sedap gila masakan tokwan kau.tak pernah lagi aku makan kari ayam kampung.ni first time aku makan".kata danial.ketika itu mereka sudah berada didalam bilik.danial yang sedang baring atas katil mengusap perlahan perutnya yang sedikit buncit itu.amir hanya ketawa melihat telatah danial.baju yang tersarung ditubuhnya dibuang.amir menyandar didinding bilik sambil menyedut rokok yang tersisip dibibir.

"kalau kau nak esok aku boleh suruh tokwan aku sembelih lagi.belakang rumah banyak ayam kampung.tokwan aku bela."
"tak payahlah.kang luak pula ayam kampung tokwan kau.aku nak tidur kejap.nanti kau kejutkan aku."amir mengangguk perlahan.danial sudah pun berdengkur keletihan.
Amir memulas perlahan pedal minyak motosikal jenama honda EX5 manakala danial membonceng dibelakang sambil melihat panorama kampung tersebut.deret rumah yang cantik diselangi dengan pokok besar menarik perhatian danial.amir menghentikan motorsikalnya disatu tempat.kelihatan sebatang anak sungai bersama ketulan batu besar.beberapa orang pemuda awal 20-an berada tidak jauh dari mereka.danial terlebih dahulu berjalan mendekati sungai itu.air yang jernih bagaikan menarik perhatian danial.kasut dibuka dan kaki direndam kedalam air sungai yang sejuk itu.tidak ketinggalan juga amir yang turut duduk diatas seketul batu berdekatan danial.

"cantik gila pemandangan kampung kau mir.aku rasa macam nak tinggal sini terus.tak nak balik KL tu dah."ujar danial sambil jarinya menyentuh permukaan air.
"kenapa?nak jadi budak kampung pula?"sinis saja kata-kata dari amir.
"kalau diberi pilihan aku rela jadi budak kampung dari budak bandar.keluar rumah nak kena hadap jem bagai.semak kepala!"amir ketawa kecil mendengarkan kata-kata danial.matanya memandang ke satu arah.seketika dia terpaku.disebalik pokok besar berdirinya seorang gadis berkebaya merah dan juga berselendang dikepala.ditangannya terdapat sebuah raga kecil.suri yang perasan akan pandangan amir padanya tersenyum dan terus berlalu pergi.amir pantas berdiri dan berjalan laju untuk mengejar suri.dia seakan terpukau dengan kejelitaan wajah suri.danial yang leka bermain telefon perasan dengan ketiadaan amir.

"hoii!!kau nak kemana tu?"laung danial kuat.langkah amir terhenti.dia menoleh memandang danial yang terpinga-pinga hairan.
"aku nak..err...jumpa.."tergagap-gagap amir mahu menjawab pertanyaan danial.
"jumpa apa?"soal danial lagi.amir berdecit perlahan.dia berjalan menuju ke motorsikalnya.

"tak adapalah.jom balik.dah lewat ni."ujar amir.danial hanya menurut saja tanpa bantahan.motorsikal amir berlalu pergi dari situ.suri yang berada disebalik sebatang pokok memandang amir dan danial dari jauh.senyuman masih dibibir.
"hampa pi mana dah merelop(senja) baru nak balik?"tanya pak yusuf risau.

"kami pergi sungai dekat hujung kampung tu tokwan."balas danial.berubah terus wajah pak yusuf.dia terus menyandarkan pencakar sampah dibatang pokok jambu.
"lepaih ni jangan dok pi situ dah.tempat tu tak elok".suara pak yusuf kedengaran sedikit tegas.dia terus masuk kedalam rumah tanpa menghiraukan amir dan danial yang termanggu hairan.

Malam itu mereka bertiga berborak rancak.seteko air kopi dihidang bersama sepiring biskut kering.topik demi topik menjadi tajuk perbualan mereka sehinggalah danial menyuarakan satu soalan kepada pak yusuf.
"tokwan,saya ada benda nak tanya sikit?"danial yang terkenal dengan sifatnya yang peramah dan mudah bergaul itu tidak langsung berasa kekok memanggil pak yusuf dengan panggilan tokwan.

"hang nak tanya apa?"pak yusuf menghirup sedikit air kopi kegemarannya.
"kenapa tokwan macam tak suka bila kami beritahu yang petang tadi kami pergi sungai hujung kampung tu?"pak yusuf menghela nafas perlahan.
"tempat tu keras.tak elok hampa dok pi situ".danial dan amir memandang sesama sendiri.sejujurnya mereka tidak faham apa yang dimaksudkan pak yusuf.

"keras?maksud tokwan?"pak yusuf menggeleng perlahan.
"maksud tokwan tempat tu ada penunggu.hat tu pun tak paham."amir dan danial tersengih malu.amir merapatkan badannya kearah pak yusuf sambil berkata.
"dah alang-alang kita dok luar ni.tokwan cerita sikit kisah seram yang pernah jadi kat kampung ni".amir mengerling danial sekilas.danial mengangkat ibu jarinya tanda menyokong amir.
"kalau hampa perasan dekat hujung kampung tu ada sebuah rumah.tuan rumah tu membela.bila dia dah meninggal benda yang dia bela tu dok kacau orang kampung sebab nak cari pewaris.tiap-tiap malam mesti akan dengaq macam orang dok jalan atas bumbung.bunyi orang dok cakaq dinding.macam-macamlah!"cerita pak yusuf satu persatu.

"lagi satu kalau hampa dengaq bunyi-bunyi tu semua jangan dok teguq.sat lagi dia mai jengoi(muncul) depan muka tak cukup tanah nak lari."sambung pak yusuf lagi sambil ketawa.amir dan danial hanya diam.masing-masing sudah berasa cuak dengan cerita pak yusuf.

"tokwan pernah kena usik tak?"tanya danial perlahan.dia merapat sedikit tubuhnya pada amir.sedikit sebanyak perasaan seram menjalar dalam diri.
"uish pernah..lagi dasyat dari apa yang tokwan cerita ni.masa tu arwah opah amir ada lagi.tokwan sakit perut.dah siang tu makan sambai belacan cicah ulam opah hang buat.dok tengah malam tu memulas la perut ni.mau tak mau kena jugak la melabuq.takkan nak tahan sat lagi penuh tilam jenuh."ujar pak yusuf dengan loghat kedahnya yang pekat.
"dulu jamban dekat luaq jadinya bila nak memerut kena bawa torchlight la sebab lampu takdak.lepas dah selesai semua.tokwan nak balik rumah la.buka ja pintu jamban tudia!dok tercergok depan tokwan.rambut dia Ya Allah..panjang sampai ke tanah nuhh!muka jangan dok habaq la.huduh!!"bersungguh-sungguh pak yusuf cerita pengalamannya diusik makhluk halus.amir dan danial menelan liur.

"habis tu apa jadi tokwan?"tanya amir tak sabar nak tahu.
"jadi apa..tokwan lari la.gila nak tunggu tang tu!tambah benda tu dok qenyeh(senyum)kat tokwan pulak.tokwan lari sampai tak nampak opah hang dok tunggu tokwan kat pintu.habih sekali dengan dia tokwan langgaq".pecah ketawa amir dan danial.pak yusuf juga begitu.suasana yang mulanya seram kini bertukar menjadi riuh dengan gelak ketawa mereka.

Tanpa mereka sedar disebalik pokok pisang berhadapan rumah pak yusuf berdiri seorang perempuan berwajah hodoh memerhati bersama dengusan marah.

BERTUKAR

SURI MERAH❤️Where stories live. Discover now