4 ; Ada Orang Yang Lebih Baik

3.5K 324 42
                                    

EDITED CHAPTER

"Apa kau kata?" muka Yoo Jung memerah dan Soo Min tahu,itu bukannya petanda yang baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa kau kata?" muka Yoo Jung memerah dan Soo Min tahu,itu bukannya petanda yang baik.

"Tak..awak dengan Taehyung kan dah..err-"

"Tapi tak semestinya aku dengan dia dah rasmi putus.Mana Taehyung?" Yoo Jung kini berpeluk tubuh.Soo Min mengeluh.Jam tangan dikerling seketika sebelum dia kembali berbicara.

"Dia on the way,kejap lagi sampai.Baru lepas lunch dengan Encik Jeon," katanya.Yoo Jung memandang Soo Min lagi ,masih tidak berpuas hati dengan kehadiran Soo Min di situ.

"Kau buat apa beli air tu?" Dia menjuihkan bibir ke arah minuman yang berada dalam pegangan Soo Min.

Kalau tak kerana dia takut dengan wanita itu,mahu sahaja dia menggulingkan bebola matanya ke atas.Sudahlah menggunakan gelaran 'kau-aku'.Awal-awal tadi elok sahaja guna 'awak-saya'

Perempuan ni sekali jealous dah macam kena rasuk.

"Err ni Tuan Kim suruh belikan air ni," Soo Min pantas memberi jawapan.Dari jauh, matanya sudah menangkap sosok tubuh majikannya yang berjalan laju ke arah mereka berdua.

Sesudah sahaja sampai,Taehyung tidak menghiraukan langsung kewujudan Yoo Jung.Minuman di tangan Soo Min diambil sebelum berkata,"cakap dengan dia,saya tak terima apa-apa perjumpaan ataupun appoinment dari klien hari ni"

Yoo Jung terpana seketika.Begitu dingin layanan Taehyung padanya.Pandang pun tak,cakap pun siap main pass-pass.

Soo Min mengangguk.Dia kemudian menghadap Yoo Jung,"Tuan Kim tak terima apa-apa app-"

"Sampai bila awak nak layan saya macam ni Taehyung?!" jerit Yoo Jung setelah tidak berpuas hati sampaikan bahu Soo Min terangkat dek kerana Yoo Jung yang meroyan itu.

Langkah Taehyung terhenti.Dia melihat sekeliling dan setelah memastikan tiada sesiapa di antara pekerjanya yang lain berada di situ,dia mula menghadap Yoo Jung.

"Kau nak cakap apa lagi?"

Air mata Yoo Jung menitis,"tak boleh ke awak pertimbangkan penjelasan saya?Sepatutnya awak berusaha untuk perbaiki hubungan kita.Bukan sisihkan saya walaupun saya buat kesalahan.Beritahu saya pernah ke saya buat salah pada awak?Ini baru kali pertama Taehyung.Tak boleh ke awak maafkan saya?"

Taehyung berdecit.Pelbagai kata-kata carutan dilemparkan pada Yoo Jung tapi sayanganya dia tak mampu meluahkan perkataan tersebut.Soo Min masih ada,jadi sifatnya perlu dikawal.

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now