18 ; Pergi Cium Aku Buat Apa?!

2.8K 280 34
                                    

"Soo Min," dagu gadis itu diangkat menggunakan jari telunjuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Soo Min," dagu gadis itu diangkat menggunakan jari telunjuk.Soo Min sudah cemas,tidak pernah mukanya serapat ini dengan Taehyung.

Perlahan-lahan Taehyung mendekatkan wajahnya dengan Soo Min.Sikit je lagi,sikit je lagi bibir mereka akan bersentuhan.

"Tae...Taehyung"

OMG!OMG!OMG!

Cup!

"ARGH!" terus sahaja Soo Min terbangun daripada mimpi.Pipinya disentuh manakala matanya sudah menjeling seorang gadis yang sudah terbaring di lantai sambil ketawa.

"HAHAHAHAH KAU MIMPI APA GENDUT?!" makin lama,makin menyampah dia mendengar tawa gadis itu.Bantal diambil lalu dibaling ke arah tetamu yang tak diundang tersebut.

"Setan kau Surin,pergi cium aku buat apa?!" wajah Soo Min sudah memerah.Segera pipinya dilap berkali-kali,geli apabila dia dicium rakan baiknya itu.

Gadis yang bernama Surin itu akhirnya sudah bertenang.Sedikit air mata yang terkeluar dilap,"ah sakit rahang aku,"

Rambutnya diikat gaya ponytail,mata masih lagi memandang Surin dengan gaya seorang pembunuh bersiri.

"Alah relaks lah.Tadi aku dengar kau sebut nama Tayong.Mulut kau tu bukan main muncung lagi.Mimpi lelaki lah tu,humph.Dalam mimpi pun boleh taken.Kesianlah aku yang single ni," bantal yang tadinya dilempar ke arahnya dipeluk erat.Masih lagi dengan posisi terbaring,dia merenung Soo Min dengan wajah tidak bersalah.

"Perlu ke cium pipi aku?Eiii kau ni!"

"Eleh aku tak berkenanlah dengan kau!" balas Surin.Dia menggulingkan matanya ke atas,macamlah dia nak sangat Soo Min tu.

"Kenapa kau datang sini?Macam mana boleh masuk rumah aku?"

Kang Surin bangun,skirt tennis putihnya diluruskan.Takut kalau ternaik,Soo Min terpikat.Ahahahaha!Okay gurau,gurau.

"Aku cuti lah.Kan haritu aku e-mel kau yang 28 Mei tepat pukul 10.00 pagi aku akan ada dekat airport.Suruh kau ambil aku.Dekat 3 jam tunggu,batang hidung kau pun aku tak nampak.So aku call mak kau,dia suruh aku pergi je rumah kau.Tak sangka aku ,kau masih simpan kunci dalam kasut katak tu,"

Soo Min menggeleng kepala.Patutlah tiba-tiba rumahnya diceroboh Surin.

"Kau ni bahaya tau.Kalau orang masuk rumah kau macam mana?"

"Dah ada pun," Surin dijeling,tetapi gadis itu boleh lagi tersengih.

Katilnya dikemas manakala Surin sudah menunggu dia di ruang tamu.Tak tahu pula dia yang Surin pernah hantar e-mel.Ya lah,dia ada dua akaun e-mel.Satu e-mel syarikat dan satu lagi e-mel peribadi.Jarang dia buka e-mel sendiri,mungkin sebabtu dia tak dapat e-mel Surin.

Dia berasa sedikit bersalah.Kasihan rakannya dari luar negara itu.3 jam menunggu dekat airport.

"Berapa lama kau cuti?" Soo Min menyoal.Dia terpandang sekotak Dunkin Donuts yang terhidang di atas meja kopi.Surin yang beli agaknya.

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now