8 ; Tak Reply

3.1K 294 7
                                    

EDITED CHAPTER

"Awak tak ada apa-apa yang nak tanya ke?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak tak ada apa-apa yang nak tanya ke?"

"Ada"

Soo Min menyilangkan tangannya di atas meja,satu senyuman manis terukir di bibir,"apa dia?"

"Beritahu saya macam mana awak kenal Park Jimin"

Senyuman Soo Min semakin kendur.Itu bukan soalan yang dia sangka akan keluar dari mulut majikannya.Ingatkan dah lupa pasal Jimin.

"Kitaorang... dulu satu sekolah," Soo Min mengeluh perlahan sebelum meneruskan bicaranya," cuma satu sekolah je.Tak adalah kenal sangat.Berbual pun tak"

Taehyung mengangguk tanda faham.

"Bos ni asyik tanya je,"

"Ialah,tadi awak nampak muka dia bukan main biru lagi muka awak tu.Salam dia pun macam nak tak nak.Itu yang saya tertanya-tanya.Awak kenal dia ke tak,"

"Habis bos kenal Jimin ke?" Tanya Soo Min pula.Taehyung mengangguk perlahan,"kenal tak kenal lah.Saya baru kenal dia dalam setahun lebih macam tu.Kitaorang tak jumpa banyak kali sebab dia itu serius orangnya.Kadang-kadang takutlah juga nak ajak Yoo Jung keluar sebab dia tu suka pandang orang macam tak puas hati,"

"Hah?Ajak Yoo Jung keluar?Apa kena mengena dengan Jimin?"

Mulut Soo Min ternganga,jangan-jangan...

"Diaorang adik beradik tiri"

Mahu tersedak air liur sendiri dibuatnya.Sejak bila pula dua syaitan tu jadi adik-beradik tiri?

"Hari tu dia ada tawarkan satu projek dekat Jeju.Masatu saya dengan Yoo Jung baik lagi.Cuma saya kata lepas balik daripada Thailand baru saya boleh join projek tu.Bila saya dan Yoo Jung dah putus,saya ingat nak batalkan penyertaan saya dalam projek tu sebab yalah kan...saya tak nak apa-apa yang ada kena mengena dengan perempuan tu lagi.Tapi hari ni dia dah datang syarikat nak buat macam mana.Tadah je lah,"

"Projek dekat Jeju?"

"Ya.Nak buat bangunan sekolah private dekat sana,"

Soo Min memuncungkan mulutnya.Maknanya selepas ni dia banyak berjumpa dengan manusia bernama Park Jimin lah?Haishhh

Pening...pening...

"Saya nak baliklah Tuan.Mengantuk.Memandangkan Tuan 'kawan' saya malam ni, apa kata Tuan hantar saya balik?" Dengan kening yang dijongket-jongketkan,dia cuba menghasut Taehyung supaya menghantarnya balik.

Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Where stories live. Discover now