Chapter Ten - End

11 4 0
                                    

Aku ingin hampir cahaya itu,
Aku tidak lagi berjalan. 
Aku berlari kerana aku mahu pulang. Aku tidak mahu lagi dijalan gelap ini...

Semuanya gelap gelita,
tiada satu pun yang mampu aku lihat.

Semoga cahaya itu adalah jalan keluar aku dari tempat ini.

Masih jauh,  masih jauh.
Aku menangis dan mula berjalan kerana keletihan dan dahaga...

kenapa aku disini....

aku hilang keluarga...
hilang teman-teman karib ku..
aku tidak tahu dimana diri aku..

Chatting.....

Nur:
Assalammualaikum, ustaz Iman.
Saya Nur kawan kepada Linda.

Ustaz Iman:
waalaikumsalam, oh Nur. Linda ada bagi tau saya, yang awak nak tanya saya sesuatu.

Nur:
Yaa ustaz, Saya nak tanya tentang mimpi..  Beberapa hari ini saya telah mimpi aneh. Saya cuma tidak tahu apa kaitannya mimpi itu.

Ustaz Iman:
Boleh kamu ceritakan tentang mimpi kamu.

Nur:
Ya ustaz...

Nur menceritakan tentang mimpinya kepada Ustaz Iman.

Setelah menjelaskan tentang mimpi Nur.

Ustaz pun menjawab....

Ustaz Iman:
Allahhuakbar... Tak semua orang di anugerahkan seperti Nur.
Dari apa yang saya faham tentang mimpi Nur dan dari apa yang saya belajar dengan Ustaz saya dulu,

Syuja'ul Aqra'

Adalah seekor ular yang akan datang didalam kubur, Ular ini sangat besar dan menakutkan.
Ia akan memukul, mematuk dan melilit orang yang meninggalkan solatnya.

Lelaki Tua Hodoh

Lelaki tua hodoh yang buta sebelah matanya,  seperti berkahak itu adalah Dajjal.
Orang yang bermimpi Dajjal ini kebanyakkan para ulamak.
saat Dajjal keluar,  kiamat dunia yang manusia cintakan ini. Dajjal akan datang semua tempat, kampung, pekan, bandar raya. Hanya satu tempat sahaja Dajjal tak boleh pergi, iaitu Kota Mekah.

Wanita Tua Menangis

Wanita itu adalah diri kamu.
Jika amalan kamu di dunia ini sikit,  maka miskinlah kamu di sana nanti.  Jika kamu tidak tinggalkan solat, hormat pada orang tua kamu, hormat orang lain, banyak bersedekah. Kamu takkan miskin dipadang masyar.

Matahari dekat dikepala

Ini adalah gambaran dipadang masyar. Orang yang kurang amalannya akan gelisah, teriak-teriak , berlari-lari mencari Rasulullah untuk mendapatkan syafaat. Masa ini jarak antara matahari dari kepala hanyalah sejengkal.

Paparan Aib

Hari perhitungan, Baik dan jahat kita akan dipertimbangkan. Jika di dunia kita selalu membawang,  kita cepat-cepat minta maaf dekat dia. Mati tidak tunggu taubat kita. Dihari perhitungan, akan ada satu paparan seperti skrin besar, skrin rakaman dari kita dilahirkan sehingga kita mati. Apa yang kita buat, sama ada maksiat akan ditayangkan didepan berbillion-billion manusia. Hari ini, dunia Allah tutup aib kita. Nanti tidak ada peluang lagi.

Nur menangis.....
menangis.....
dan terus menangis.......

Ini adalah hidayah untuknya..
untuk segerakan taubatnya..

"Yaa Allah, aku tidak akan sia-siakan peluang ini.  Semoga kekosongan ini aku kuat untuk mengisi amalan ku di dunia. Sungguh,  aku hidup dalam kotoran dosa.  Aku tidak takut untuk meninggalkan solat. Aku buta dalam membaca Al-quran. Ibu ku sudah mendidikku dengan baik,  mengajar aku mengaji disewatu usia ku 6 tahun. Tapi aku lalai, aku hanya fikir keseronokkan sehingga aku membesar dengan dosa aku sendiri."

Letih kerana kepenatan berlari. Aku berjalan perlahan.

Aku makin hampir dengan cahaya itu..

Suara siapa itu...

Siapa yang melaungkan Azan.
Merdu....
sayu didengar...

Ya Allah..
Aku Mahu Pulang...
Izinkan Aku kembali...
Aku janji tidak akan mengulanginya lagi.

Sungguh, Aku malu ...
Malu pada mu Ya Allah...

Engkau yang menciptakan aku,  dari segumpal darah di dalam rahim ibu ku.

Tapi aku berani untuk meninggalkan solat ku.
Tidak hiraukan panggilan lima waktu.

Aku lalai... 

Benar,
Cintakan bunga akan layu,
Cintakan manusia akan mati,
Cintakan Allah kekal abadi,
Itulah tanda cinta yang hakiki.

Ya Allah,
Aku Mahu Pulang...

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

END...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 09, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AKU MAHU PULANG Where stories live. Discover now