6:ⓣⓦⓞ ⓒⓤⓟⓢ ☕

44 7 1
                                    

Shin memilih beberapa makanan ringan dan masukkan kedalam bakul yang dipegang oleh pengawalnya

"Lama dah tak beli barang sama sama kan suho"kata shin gembira memandang pengawalnya yang dia anggap sebagai abang

"Maaflah. Kitorang semua sibuk. Kalau nak tahu, appa kim baru berpindah masuk kawasan gangnam. Dia jadi jiran appa park" beritahu suho

"Eh? Sejak bila pulak ada rumah sebelah rumah appa park?" Soal shin terkejut mendengar berita tu

"Appa park beri tanah tu kat appa kim sebab dia nak rapat dengan appa kim. Maklumlah, dua dua masih duda sampai sekarang" kata suho

"Tak boleh salahkan mereka. Nak salahkan omma pun tak boleh." Kata shin sedikit serba salah

"Semua ni dah ditentukan shin."

"Kenapa lah mesti ada yang tak puas hati tengok kebahagiaan orang lain? Mesti ada yang dengki" luah shin

"Kalau bukan sebab mereka, shin tak ada sampai 3 appa macam sekarang tau" kata suho

"Besar betul keluarga ni" shin tergelak kecil

"Oh ya, tadi aku ada terdengar perbualan korang. Kau tengah fikir nak ambil kerja apa?" Soal suho

Shin masih setia mencari barang

"Entahlah suho. Buat masa ni aku masih belum rasa nak kerja lepas peristiwa tu" kata shin menyuarakan perasaan sebenarnya

"Aku faham. Tapi bukan salah kau kemalangan tu. pesalah sebenar pun dah ditahan kan?"

"Tak apa lah suho. Nanti aku fikir fikirkan lagi" kata shin

"Oh ya, kau kalau dapat peluang, kau nak jadi apa?" Soal shin memandang suho

"Aku?"

"Yup"

"Aku mungkin nak jadi pilot. Aku boleh melancong ke serata dunia." Kata suho menunjukkan kelebihan seorang pilot

"bagus jugak. Tapi aku gayat. Tak apa je lah" shin tersenyum tawar

"Kalau kau, aku rasa kau patut jadi wartawan je. Kau banyak tanya" kata suho

"Em..bagus jugak. Tapi aku tak suka dirakam sangat" balas shin

"Betul jugak tu"

"oh ya! Aku kena beli air choclate." shin teringat barang paling penting

dia segera ke peti sejuk mall untuk mendapatkan sekotak besar air susu choclate

Tangan shin berlanggar dengan tangan seseorang semasa mencapai air itu

Laju shin memandangnya. Tangan masih tak melepaskan air itu

"Maafkan saya, tapi saya yang buka pintu ni dulu" kata shin

"Saya dapat air ni dulu" balasnya

"Apa nama kau? Jin? Hey.. Aku datang sini dulu lah" terang shin sedikit berang

"Who cares?" Jin cuba mengambil air itu

"No" shin menahan

Shin lebih kuat dari sangkaan jin

"Shin. Biar kan jelah. Nanti kita beli kat tempat lain" pujuk suho memandang keadaan itu

"Tak boleh macam tu. Shin sampai dulu" dia belum mengalah

"Lepas lah budak. Aku lagi tua. Bagi jelah"

"Aku nak beli."

"Shin.. Dah jom"

"Kau nak balik balik lah, sampai tutup kedai pun aku masih boleh berdiri kat sini" kata shin berdegil

"Wah.. Childish nya" akhirnya jin melepaskan air itu dan pergi

"Huh.. Lelaki langsung tak gentleman" kata shin sedikit kuat untuk pastikan jin dengar. Tapi dia tak hiraukan

"Jangan cari gaduh dengan orang lah"
"Tak gaduh. Pertahankan hak je" kata shin

.
.
.
.

"Aik ? Baru balik?" Soal chaemin di ruang tamu.

"Aah." shin kedapur dan menyimpan barang barang yang dia beli

"Tadi awal je kau keluar. Ni dekat magrib balik ni dah kenapa?" Soal chaemin

"Aku banyak singgah tadi. Sebab tu lah" kata shin

"Singgah? Kau naik kereta siapa?" Soal chaemin

"Kawan. Kebetulan dia nak jalan jalan tadi. Tu lah pasal" bohong shin

"Ouh. Ok. Kau dah makan ke belum?" Soal chaemin

"Belum" jawab shin lalu peluk chaemin.

"Tolong masakkan daging black paper dengan ayam goreng. Nanti aku buat sayur campur. Aku nak mandi dulu" pinta shin

" ha pergilah" kata chaemin

Baru nak naik dia berhenti

"Mana soohye?" Soalnya

"Dia pergi dating dengan joon nam. Dia terus makan luar lah kot" jawab chaemin sambil mengeluarkan bahan dari peti sejuk

Shin setakat mengangguk dan terus naik untuk mandi.

.
.
.

Shin dan chaemin makan berdua dengan lilin diatas meja walaupun lampu dipasang terang

"Chaemin. Kau rasa, aku patut kerja jadi apa?" soal shin tiba tiba

"Kenapa kau tanya? Kau terasa dengan perbualan pagi tadi ke?" Soal chaemin balik

"Bukan macam tu. Kita dah 23 tahun. So aku patut dah ada kerja dah kan?"

"Hmm.. Terpulang pada minat kau lah. Pada aku kau lebih suka hiburan. Mungki kau boleh bekerja dalam bidang hiburan. Tak pun kau berniaga. Buka kedai fesyen pun bagus juga. Tak pun kau buka kedai makan ke" cadang chaemin

"Banyak process lah nak buat syarikat sendiri"

"Then? Kau nak jadi apa?"

"Mungkin aku patut jadi hamba kemalasan aku je" shin gelak begitu juga chaemin

"Patut bukak rumah tido je kau ni" kata chaemin dia tergelak lagi

"Eh? Wah chaemin. Bijaknya kau!" Tiba tiba shin memuji chaemin dengan kuat

"Huh?"

"Aku patut bukak hotel atau sauna. Kan?" Soal shin

"Oh ya lah kan. Bagus juga tu"

"ok. Aku dah ada matlamat" kata shin

Selepas makan dan siap mengemas, malam tu juga shin beritahu keluarganya tentang perniagaan yang akan dia buat melalui group whatsapp. Omma dan appa baru dia tak ada dalam group tu sebab appa tak mahu omma ada hubungan dengan bekas suaminya. Omma  hanya boleh jumpa anak anak lelaki dia saja.

Tengah seronok chatting dengan abang abang dia kat ruang tamu, satu esakkan dari pintu muncul

Chaemin yang duduk di kerusi lain pun terhilang fokus dari tv.

"Takkan lah soohye kot" duga chaemin

"Jap. Aku bukak pintu" shin menyimpan phone dan menuju kearah pintu

Dia buka pintu jugak walaupun was was dengan tindakannya

Bukak je pintu, tubuh soohye yang dibasahi hujan muncul.

Laju soohye memeluk shin

"Apa jadi kat kau ni?!" Soal shin panik

"Bawak dia masuk cepat" arah chaemin

Chaemin berlari ke bilik soohye untuk ambil tuala

chaemin mengelap tubuh basah soohye

"Apa jadi ni?" Soal chaemin pula

To be continue..

Thanks reading🍰
Vote and comment please🐾

[C]COFFEE☕Where stories live. Discover now