09: ⓝⓔⓦ ⓡⓔⓒⓘⓟⓔ☕

31 10 2
                                    

Soohye balik ke rumah agak lewat.
Shin menyambut kepulangannya.

"Kenapa akhir sangat balik? Kau pergi mana?" Soal shin

Soohye merebahkan diri diatas sofa

"Ambil angin kejap" dia bangun semula

"Aku nak tido. Goodnight" soohye meninggalkan shin

"Apa kena dengan budak tu?" Soal shin

"Alah, melayan perasaan lah kot" balas chaemin dari dapur

"Meh. Ramen tu dah siap ke?" Laju shin menuju ke dapur menyediakan air untuk mereka berdua

.

.

.

.

.

Soohye selesai mengenakan pakaian tidurnya. Dia pandang sebuah novel diatas mejanya kemudian beralih ke frame
Gambar dia dan joon nam yang dah retak.
Fikiran nya melayang memikirkan perbualan antara dia dan namjoon.

Flashback

"Saya minta maaf" ucap namjoon tiba tiba lalu mendapat perhatian daripada soohye

"Kenapa awak nak minta maaf?" Soalnya lagi

"Sebab joon nam tu adik saya. Saya bersalah atas apa yang dah terjadi pada awak" kata namjoon . namjoon menoleh kearah soohye disampingnya

"Dan dia" pandangan dialihkan semula kedepan.

"Dia sebenarnya berpisah dengan awak sebab kegagalan saya. Keluarga kami berhutang dengan keluarga perempuan tu. Saya patutnya langsaikan hutang arwah mak bapak kami tapi saya tak mampu. Jadi mereka nak joon nam kahwin dengan anak mereka sebab mereka tak ada waris lelaki"

"Tapi kenapa joon nam? Kenapa bukan awak?" Soohye memandang namjoon tajam

Namjoon tersengih memandang soohye

"Takkan mereka nak ambil saya sebagai menantu sedangkan saya kerja jadi barista je. Sekurang kurangnya, joon nam ada basic perniagaan. Saya tak" jelas joon nam

"Oh, maaf" soohye rasa bersalah

"Tak pa"

"Jadi apa berlaku antara awak berdua?"

"Joon nam putuskan hubungan dengan saya. Dia tak cakp apa pun lepastu. Dia pindah keluar .Rupanya sebab dia ada girlfriend. Saya langsung tak thu. Dah lah awak orangnya"

"Saya minta maaf" sambung namjoon

"Tak. Tak apa. Semua ni berlaku bukan sebab keinginan masing masing. Mungkin bukan jodoh saya dengan joon nam." Soohye memandang langit.

"Mari saya hantar awak balik. Awak mabuk ni. Dah lah malam. Bahaya awak balik sorang sorang" kata namjoon menunjukkan sisi lelakinya

"Tak apa. Rumah saya jauh. Lagipun saya dah biasa balik sorang malam malam"

"Tak payah nak degil sangat. Jom" namjoon berdiri memandang soohye yang masih duduk.

Mereka pun keluar dari taman dan namjoon hantar soohye kerumah dengan texi.

End Flashback

Soohye menekup mukanya lalu lompat keatas katil

Di tingkat bawah

Air dalam cawan shin bergegar

"Uish.. Ada gempa bumi kecil ke??" Soal shin

"Mana ada" balas chaemin

[C]COFFEE☕Where stories live. Discover now