Prolog

14.8K 119 8
                                    

Tepat jam 7.15 aku masuk ke dalam kawasan persekolahan ku. Hari ni hari pertama aku sekolah di sini. Kekok bagi aku sebab selama ni, aku hanya bersekolah di sekolah perempuan sejak sekolah rendah sampailah form 4 tapi form 5 aku terpaksa pindah ke sini sekolah campur dengan lelaki sebab mama kena pindah ke hospital sini. Mama sakit? taklah mama aku doktor pakar lepastu kena hantar ke sini.

Aku hanya melangkah memasuki ke dewan disebabkan hari ni hari isnin so, ade perhimpunan la.

Masuk-masuk je dalam dewan, terus blur otak aku nak buat apa. Yela masing-masing beratur ikut kelas tapi aku tak tau kelas aku barisan yang mana satu.

"Hmm nak tanya, kelas 5ik2 barisan mana ya?" tanya aku pada barisan pengawas di bahagian belakang.

Seorang pengawas kurus tinggi tunjukkan barisan di bahagian barisan yang ketiga dari pintu. Dia hanya tersenyum dan aku membalas senyumannya.

Lama juga dalam 1 jam lebih la perhimpunan. Lenguh kaki aku doh, pengetua la ni cakap lama sangat. Pelajar di depan aku menoleh ke belakang.

"eh? budak baru ke" die tersenyum lebar pada aku

"ye saya" aku membalas senyumannya, yela tak kan nak masam muka pulak nanti tak pasal-pasal kena cop sombong pulak

"saya Syazlin tapi panggil Syaz je" katanya

"ouh saya Farah Areysha tapi panggil Farah je" dekat sekolah lama dulu kawan-kawan aku panggil Reysh tapi aku nak jugak tukar nama panggilan lol 😌

233 words
so apa korang rasa? patut terus update ataupon stop kat sini je jangan lupa vote, komen dengan share muahhh....

kalau respon korang bagus, admin boleh terus update bab 1. Bab 1 dah siap tapi nak tau respon korang tentang prolog citer ni kalau tak best tak pe la admin delete balik citer ni k.. byee

Benci Dalam RinduWhere stories live. Discover now