Noktah?

90 0 0
                                    

Suis lampu ditutup
Sebatang sigar dicapai

Hari ini sebuah cerita telah terakam menjadi hikayat. Bermakam didada jejaka yang terkenal julung malangnya. Begitupun aksara berputar membatas huruf memberi makna
Coretan ini tidak lebih sekadar tulisan jiwa.

Jika aku terus berlari; kau adalah kesempatan yang sering pemuda salah tanggapi. Melihatmu tersenyum memahat getar yang berakar dalam sanubari. Kau adalah dakwat yang menyoret tinta kepada hikayat dan aku ini kertas yang menyambut apapun yang mahu kau tumpahkan

Tidak sempat aku berucap selamat
Kau pergi tanpa sebarang kalimat.
Aku khawatir hari itu akan kunjung
Dimana aku kehabisan kertas-
Dan dakwatmu telah habis azimat

Merelakan dan redha
Setelah aku mulai perlahan pasrah

Perasaan yang diterjemah abjadWhere stories live. Discover now