"Aku terima nikahnya Ellyana Nasuha binti Jaafar..."
___________________________
6 Bulan Kemudian...Ell masuk ke dalam bilik kerja suaminya, dia berdiri di depan pintu memerhatikan suaminya yang tak habis habis menghadap kerja. 'Tak boleh jadi ni, aku kena dapatkan attention dari dia.'
"Awak" Panggil Ell dengan suara yang sengaja dimanjakan
"Hm" Naufal tidak memandang isterinya, matanya ralit pada laptop kerja, tau sangat budak kecik ni nak mintak perhatian.
"Biy!" Panggil Ell lagi, suaranya dikuatkan sedikit. Geram dengan perangai Naufal yang tak memandang mukanya. Dia tak tau ke yang isteri dia ni nak ATTENTION!. Naufal dari tadi lagi menghadap kerja, tak sakit ke mata tu ?
"Apa dia sayang" Naufal masih lagi tidak memandang wajah isterinya, masih ralit membuat kerja. Kalau dilayan sekarang perangai Ell ni, memang tak siap la kerjanya nanti.
Ell tersenyum suka, terus kakinya menuju ke Naufal, kerusi lelaki itu dipusingkan menghadapnya, lantas dia terus duduk di riba lelaki itu.
Naufal mendengus geram, tajam matanya memandang isterinya yang degil itu, mukanya dingin. Tapi pada Ell, sikit pon dia tak takut dengan pandangan mata lelaki itu, dia membalas pandangan mata Naufal dengan mata bulatnya.
"Ha apa ? Sayang ? Hehe nak dengar lagi sekali boleh ?" Ell berkata manja sambil tangannya melingkar ke leher Naufal.
"Yelah, nanti aku panggil lagi ya, sekarang ni aku nak buat kerja, tolong bangun dari riba aku ni, sebelum aku campak kau." Matanya masih menentang pandangan mata Ell.
"Alaa tak nak!, kalau awak tak panggil saya sayang lagi sekali saya tak nak bangun dari riba awak ni hm" mukanya dipalingkan ketepi, seakan akan merajuk. Kesah apa dia kalau Naufal nak campak dia sekali pon. Dia tau Naufal takkan sanggup nak campak dia, Naufal sanggup campak dalam hati je ehek!
Naufal mengeluh lemah, dalam hatinya menahan sabar melayan sikap manja Ell.
"Sayang please, aku nak buat keje ni. Kejap lagi aku layan perangai manja kau, lepastu kau nak buat apa kat aku kau buat la. Sekarang ni aku busy. Kau pegi dapur, masakkan untuk aku. Aku lapar"
Naufal berkata dengan nada lembut, tak boleh nak marah budak kecik ni, tak sanggup. Apa lagi nak naik tangan, lagi dia tak sanggup. Bila tengah marah, tengok je mata bulat Ell , confirm hati dia boleh sejuk kembali.
"Ee sukanya saya dengar awak panggil saya sayang!" Ell tersenyum suka di depan muka Naufal.
"Yela saya bangun, tapi dengan satu syarat. Panggil saya sayang lagi sekali boleh ? Please" Ell mengerlipkan matanya, sambil tangan dicantumkan seperti budak kecik meminta gula gula.
"Sayang"
"Ye biy" suaranya dimanjakan, tangannya pula mula melingkarkan ke leher Naufal, muka nya didekatkan pada muka Naufal. Dia mula tersenyum nakal
"Bangun" Muka Naufal masih lagi ketat, tiada secalit senyuman pon pada mukanya.
"Okey biy" Sebelum Ell bangun, dia mencium bibir Naufal sekilas. Terus dia lari keluar dari bilik itu. Naufal mula tersenyum, dia sudah lali dengan perangai manja Ell. 'Haih, Kau sabar jap budak kecik, memang nahas kau aku keje kan lepas ni.'
Naufal kembali menyambung membuat kerjanya. Tak sampai berapa minit, sekali lagi namanya di panggil, dia memusing belakang, terlihat isterinya bersandar di pintu.
"Awak nak makan apa ?" Ell menyoal sambil matanya menghadap telefon, tak nak pandang muka Naufal. Malu!
"You"
Terus mata Ell memandang muka Naufal dengan pandangan yang pelik. Ikan puyu ? Apa ke gila laki aku ni nak makan ikan puyu pulak.
"Ha ? Ikan puyu ? Awak, ikan lain banyak lagi wujud kat malaysia ni, banyak lagi yang sedap sedap. Si puyu tu jugak yang awak mintak, dah kenapa awak ni, demam ?"
Naufal memandang Ell dengan geram, geram tengok bibir budak kecik tu duk membebel depan pintu, lain orang cakap lain yang didengarnya. Terus Naufal bangun, dan menuju ke arah Ell. Badan Ell dikepung dengan kedua tangannya. Kepalanya ditunduk memandang Ell, maklumlah budak kecik ni paras dada dia je.
Terkebil kebil mata Ell memandang Naufal. Ha sudah, nak apa pulak mamat ni!
"A..a..awak ni kenapa ? Jangan la kepung saya macam ni. Saya lemas nanti, ha ayok"
Matanya memandang Naufal. Geram tau dengan suaminya ni, suka buat orang lemah dengan aura dia.
Naufal tersenyum sinis, budak kecik ni membebel lagi la. Nak di lunyai kan bibir budak kecik ni tak boleh. Kang kerja dia entah kemana.
"Aku cakap, aku nak makan kau, bukan nak makan ikan puyu, lain kali bila suami tengah bercakap, pandang muka suami, bukannya tengok telefon. So, can you prepared it for me ?" Terus senyuman nakal terlakar di bibir Naufal.
Ell membalas senyuman nakal Naufal dengan senyuman nakal milik nya.
"Oh nak makan saya, hm kalau awak nak makan saya, boleh. Tapi, bukan sekarang la hehe. Sekarang ni awak turun kan tangan awak ni, saya nak pegi dapur. Nak masak, satgi awak kebulur, payah pulakkan" Ell menayang sengih.
Naufal memekakkan telinganya, dia mula merapatkan badannya dengan badan Ell.
"Ish apa ni Naufal Mikhael, turunkan tangan awak ni. Jangan la usik saya!" Ell memandang tajam mata Naufal. Tadi kata lapar, ni nak menggatal pulak. Nak menggatal pon nanti nanti la, ish suami siapa la ni.
"Yelah sayang, kali ni aku lepaskan kau, lepas ni jangan harap kau boleh terlepas dari aku" sebelum Naufal menurunkan tangannya. Naufal menarik lembut kepala Ell dan didekatkan dengan bibirnya. Dahi Ell dicium lembut.
"Hati hati memasak tu, apa apa panggil aku" Naufal pergi ke meja kerjanya semula.
Badan Ell keras didepan pintu, kalau dirinya ais, confirm dia dah jadi air sebab terlalu cair dengan tindakan suaminya. Matanya memerhatikan Encik Suami pergi. Idea nakal mula terlintas di kepalanya.
Lantas dia berlari anak ke arah Naufal, pipi Naufal dicium. Kemudian dia berlari ke arah pintu semula. Naufal memandang isterinya dengan geram. 'Budak kecik ni, memang aku ganyang dia betul betul kat sini karang. Orang nak buat kerja pon tak senang la.'
"Tak aci la awak sorang je yang cium saya, saya pon nak cium awak jugak. So kita seri, satu sama. Bye, i love you Encik Suami" Ell mengenyitkan matanya kepada Naufal. Naufal tersenyum dengan perangai gedik gedik manja isterinya. 'I love you more sayang!'
Selepas menutup pintu bilik kerja Naufal, Ell turun ke bawah dan menuju ke dapur.
Okay sekarang ni focus memasak. Lepas masak, barula boleh bermanja dengan Encik Suami.
___________________________________
YOU ARE READING
Call Me Your Darling!
Romance[S H O R T S T O R Y] - [R O M A N C E] -Second story by _nanad ____________________________________ "My heart, my love, my soul, just for you" Ellyana Nasuha - Seorang gadis yang lemah lembut, gadis yang kuat diluar lemah didalam. Serta, gadis yang...