CMYD!| 9

4.1K 138 13
                                    

Still dalam flashback lagi~

Hari semakin lewat malam, ramai tetamu yang sudah pulang.

Ell duduk bersandar di kerusi memerhatikan satu persatu tetamu yang beransur pulang. Matanya tertancap pada encik suami yang sedang bersalaman dengan tetamu lelaki dan saudara mara yang lain.

Sengaja dia pandang Naufal lama lama, dia tau Naufal dah perasan pandangan mata dia ni, tapi sengaja je tak nak pandang balik, tak kan malu dengan Ell kot.

Naufal masih tekun bersalaman dengan tetamu yang hadir. Senyumannya tak lekang dari bibir saat orang ramai mengucapkan tahniah kepadanya. Matanya mula memandang Ell yang dari tadi asyik memandang dirinya. Ell ni bukan boleh dibuat main, perangai dia tu memang tak dapat dijangka betul, Ell pon bukan reti malu pada orang. Ni yang nak kena tegur perangai Ell ni. Tunggu dia!

Saat mata Naufal bersatu dengan matanya, dia tersenyum nakal. Terus dia mengenyitkan matanya ke arah Naufal. Nampak lelaki itu tersenyum sinis kepadanya.

Naufal hanya tersenyum sinis, tau dah isterinya itu sengaja nak menggoda dia. Tapi ditahankan sahaja debar dihatinya. Kalau mereka berada di bilik sekarang ini, mahu sahaja di lunyaikan bibir sexy isterinya itu, geram betul!

Puan Raihana dan Puan Alya duduk dihadapan Ell. Nampak muka penat anaknya itu.

"Ell buat apa duduk kat sini lagi ? Pergi la masuk bilik, rehat kat dalam bilik. Esok kan ada majlis lagi. Pergi naik bilik lekas" Puan Raihana mula bersuara.

Ell menggeleng kepalanya tanda tidak mahu.

"Kejap la ibu, Ell nak tunggu Naufal. Nak naik sekali dengan dia"

"Eh kamu ni, siapa cakap kamu boleh tidur sebilik dengan Naufal ? Tunggu malam esok baru boleh. Malam ni kamu dengan dia tidur berasingan, nanti hilang seri pengantin kamu tu" Puan Raihana dan Puan Alya menahan senyum melihat anaknya sudah tercebik menahan tangis.

Apa ni ? Kenapa dia kena dera sampai macam ni sekali. Punya la macam macam rancangan dia dah atur untuk goda Naufal malam ni. Alih alih tak boleh tidur sekali pulak.

"Ibu ni, mana boleh buat Ell macam ni. Naufal kan dah sah jadi suami Ell, biarlah Naufal tidur dengan Ell malam ni. Boleh la ibu, please ibu. Mummy, Ell nak tidur dengan Naufal malam ni, please mummy!"

Tapak tangannya bercantum seakan merayu. Air matanya sedaya upaya ditahan agar tidak menitis di hadapan ibu dan mummy.

"Tak boleh sayang, kamu dengan Naufal kena tidur berasingan malam ni. Esok baru kamu tidur dengan dia ye sayang ? Dah pergi masuk bilik, Ell penat sangat ni" Puan Alya sedaya upaya memujuk Ell agar naik kebilik tanpa menunggu Naufal.

Penat memangla penat! Tapi dia nak Naufal jugak!

Air mata yang ditahan tadi jatuh jua dipipinya.

"Tak nak! Ell nak tunggu Naufal jugak. Ell nak naik tidur sekali dengan Naufal!" Tangisannya semakin mendayu dayu.

Puan Raihana dan Puan Alya sudah buntu mahu memujuk Ell. Kalau dah datang perangai mengada Ell ni, memang tak terlayan la.

"Ell jangan la menangis lagi nak, harini Ell dah banyak menangis kan, nanti badan Ell panas nanti macam mana ? Esok ada majlis lagi kan, dah jangan nangis lagi, meh sini kat ibu" Puan Raihana berjalan mendekati Ell.

Call Me Your Darling!Where stories live. Discover now