Kerjaku selaku ketua panel editor di sebuah syarikat penerbitan novel ini tidaklah sesibuk mana, kecuali sewaktu syarikat mengadakan pertandingan atau sewaktu Pesta Buku KL berlangsung.
Manuskrip yang baru dihantar perlu disemak dari pelbagai aspek, jalan cerita, tatabahasa, ejaan dan isu-isu semasa juga. Itu belum kira lagi berjumpa dengan penulis untuk sesi perbincangan manuskrip, meet and greet dengan peminat dan sebagainya.
Untuk menerbitkan sesebuah buku dengan penulis lama, yang sudah terkenal dan ada nama, ia lebih mudah dari mengupas kulit kuaci. Mereka sudah ada beberapa novel terdahulu dan mempunyai peminat karya mereka yang tersendiri, dan mereka sudah menerbitkan buku-buku bersama syarikat lain juga, jadi ia tak menjadi masalah untuk diterbitkan.
Penulis sebegini digelar aset syarikat, dan sekiranya mereka tidak dijaga dengan baik, kelak mereka akan beralih angin pula ke syarikat lain.
Aku menghela nafas lega bila selesai membaca satu bab dari manuskrip yang baru diterima. Kaca mata ditanggalkan, dan aku berdiri untuk merenggangkan badan. Aku boleh je nak edit dan semak manuskrip di rumah, tetapi aku lebih suka bekerja di ofis.
Aku suka duduk di pejabat. PutraNovels mempunyai satu aras pejabat yang serba lengkap dan mewah. Ada pantri, bilik mesyuarat, tempat perbincangan, ruang legar, surau, ada PS4 dan TV LCD 52 inci serta pasu-pasu bunga kecil yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan kecil di setiap tingkap.
Comel, serta eco-friendly juga.
Selain itu, perkara yang paling penting sekali ialah working environment. Ada suasana kerja, semua orang sibuk menyiapkan tugasan masing-masing di sini. Sungguhpun dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, staff di sini jarang-jarang sekali curi tulang. Jadi, waktu pejabat memang digunakan untuk bekerja. Aku pun segan juga kalau nak main PS4 dekat sini.
Sebab itulah aku lebih gemar bekerja di pejabat berbanding di rumah. Tahu-tahu sajalah kalau duduk sorang di rumah, mungkin sekarang aku masih lagi terbaring di katil sambil melayan Netflix.
Nescafe mocha yang sudah sejuk disisip perlahan. Jam baru menunjukkan pukul 10.30 pagi, sempat lagi kalau nak turun makan sekejap dan solat dhuha. Aku menyimpan semua fail yang berkaitan di Word, dan mencatat bacaan terakhirku di borang editor.
'Nama Penulis: Anna Hikmah
Manuskrip: Undur'
Nama novelnya sumpah kelakar. Undur? Nak aku undur ke mana? Haha.
Tapi bila kau baca, dari satu halaman ke halaman yang lain, sumpah best. Penulisnya perempuan, tetapi entah macam mana dia tahu benar apa yang difikirkan oleh lelaki.
Aku suka jalan ceritanya. Tentang bagaimana seorang playboy yang menginginkan kesetiaan dalam sebuah percintaan, namun terpaksa mengundur masa dan mengelak dari bertemu satu demi satu bekas kekasihnya di masa silam. Konsep time-travel, genre science fiction yang menarik sebenarnya, tetapi jarang sekali diterbitkan di Malaysia.
Aku bangun, meneguk Nescafeku sampai habis dan memandang sekeliling. Rakan panel editorku, Natasha dan Arman sedang gigih membaca. Aku malas nak mengacau mereka, walaupun semua tahu aku ni memang jenis suka menyakat.
Aku berjalan keluar dari ofis untuk menghirup suasana segar sambil meregangkan badan. Telefon dinyahkunci dan tiada sebarang notifikasi yang muncul. Aku tersenyum kelat.
Farhana.
Aku rindu dia. Sungguhpun sudah 10 tahun pemergiannya, aku masih belum dapat melupakan dia. Ternyata, jauh di sudut hati, masih terukir nama si dia. Bukannya aku tak cuba untuk lupakan, tapi, entahlah, aku tak tahu. Semuanya seolah tak menjadi.
YOU ARE READING
If We Ever Meet Again [ONGOING]
Romance"Hello.Dah makan belum ni?" "Hello. Belum, kejap. Tengah settle assignment ni," "Eii, Muhammad Azman bin Ahmad. Pergi makan sekarang! Penting sangat ke kerja tu sampai tak makan?! " marahnya sambil mencebik bibir. Aku tahu dia sedang mencebik bibi...