epilogue

4 1 1
                                    

“aku akan selalu ada.”

14102018

Farisha membuka kotak hitam sebesar tapak tangan yang tersimpan rapi di dalam almari.tersenyum dia mengambil kotak itu.kotak itu bersih tanpa habuk sedikitpun.

Dibuka sahaja  penutup kotak itu kornea matanya disajikan dengan  gambar seorang lelaki menongkat dagu sambil memandang tajam bagai mencari mangsa dengan tersenyum menampakkan barisan giginya yang cantik tersusun.farisha mengusap gambar itu sebelum dibawa ke dada.

Air mata yang ditahan dari tadi laju membasahi pipi.

Uzair..

Nama itu disebut berulang kali.Sungguh , dia rindukan lelaki ini.gelak tawa lelaki ini masih lagi menghantui mimpinya.di ambil surat terakhir yang diberi untuknya dan dibaca bersama gelak tawa.namun air matanya masih lagi laju mencemarkan pipi gebunya itu.

Ya Allah , kuatkan aku hadapi semua ini...

Biarlah.untuk petang ini.tangisan terakhir farisha untuk lelaki ini.lelaki pertama yang membuka hatinya.mengenal dunia luar dengan lebih mendalam.dan mengajarnya erti kehidupan sebenar.tangisannya semakin menjadi jadi.

Air mata yang tumpah mengalir bersama  perasaan rindu untuk lelaki ini..

Puan lili turut menahan sebak dibelakang pintu bilik anaknya apabila mendengar esakan kecil anaknya itu.niatnya untuk memanggil anaknya turun makan petang terbantut sama sekali.air mata Yang ditahan tumpah juga mendengar tangisan farisha yang semakin kuat.

siapa duga , kematian uzair dua tahun lepas adalah pengorbanan besar lelaki itu untuk keluarganya.apatah lagi untuk anak gadisnya sendiri.kalau dia sendiri terkilan apatah lagi anaknya.

Farisha Yang dulu seorang anak yang ceria kini berubah menjadi pendiam.seperti separuh nyawa farisha ikut pergi bersama uzair.rumah yang dulu penuh gelak tawa Dan usikan tak ubah macam rumah terbiar.suram Dan dingin.

Ya Allah , kuatkan anakku ya Allah..berikan dia kekuatan..

“unty..” teguran Dari seorang lelaki mengejutkan puan lili.cepat cepat dia mengesat air mata.lelaki itu yang faham dengan keadaan tersebut tak ingin bertanya.takut kalau lagi melukakan hati orang tua itu.

“saya pujuk isha ye unty..” puan lili mengangguk.memang itulah rutin lelaki itu.memujuk farisha dikala dia juga tak kuat.hatta suami dan farihin juga tak mampu memujuk farisha.

Langkah lelaki itu dipandang dengan mata tuanya.syukur kerana lelaki itu faham situasi farisha dan sanggup menjaga farisha selepas pemergian uzair.

Puan lili bangun lalu melangkah longlai menuju ke tangga..
Lelaki itu lebih tau memujuk anak gadisnya..

— — —

Maaf di atas kekurangan.
saya masih pelajar sekolah.soo faham faham ja laa😫

Semoga terhibur.

Alloha !

Disebabkan saya pelajar sek men.so jlan cerita dia tentang budak sek Dan luar kotak.heheh-(gelak takut.)

🔥

Nuestra HistoriaWhere stories live. Discover now