02 Januari 2019
Sebelum aku mula, aku nak korang tahu betapa terujanya aku! *screaming until choke*
Menyesal aku tak dengar cakap Seungmin yang pelajar baru tu handsome sangat :'( aku menangis tak berlagu sambil tenung muka dia. Tapi aku masih rindukan crush lama aku iaitu Channie hyung 💕
Lil lixie diary's ❤
『flashback』
“Wei, meja siapa ni?” tanya aku melihat sebuah meja yang berhampiran meja aku.
“Dengar kata ada pelajar baru.” jawab Jisung
“Pelajar baru lagi? Aku pon dah cukup semak dah dengan Nancy tu.” Aku mula mengalihkan meja itu jauh daripada meja aku.
Pelajar baru lagi? Tak cukup ke Nancy seorang sebagai pelajar baru? Baru je kenal Nancy tu tapi dah tahu perangai macam mana.
Patut la pindah sekolah. Kalau aku sebagai pengetua pon tak hingin pelajar macam Nancy tu.
Tanpa aku sedar ada seorang lelaki masuk ke dalam kelas dan mula menghampiri kami.
“Excuse me” kedengaran suara namja itu tetapi aku tidak sempat melihat muka namja itu kerana dia membelakangi aku.
Beberapa pelajar yang lain mula menolong lelaki itu mengalihkan mejanya.
“Wei, kau tengok namja tu. Handsome tak?” soal Seungmin.
“Ish apa kau merepek ni? Aku tengok dia macam budak blur je. Confirm dia tu pendiam dan aku tengok tak la handsome. Chan hyung lagi handsome”
Tanpa berlapik aku terus melemparkan pandangan aku terhadap lelaki itu sedangkan aku tak tahu muka dia macam mana. Tak sempat nak usya ;-;
“Eleh, ye la tu.” Jisung melemparkan satu jelingan kepada aku.
But a moment later
“Urm... Boleh saya tanya, pejabat dekat mana?” seorang lelaki menegur aku yang sedang berjalan berseorangan sebaik sahaja pulang dari tandas.
Aku memalingkan badan aku untuk berdepan namja itu.
Omaigod. Betul cakap Seungmin. Dia memang handsome la. Menangis aku dalam hati.
“Urmm awak? Awak ok ke?” lelaki itu mula melambaikan tangannya ke muka aku dan membuatkan aku tersedar dari lamunan.
“Huh? Oh ya pasal pejabat! Pejabat dekat sana.”
“Ok thanks.” lelaki itu melemparkan sebuah senyuman manis kepada aku.
How do i gonna live with him in all those classes?
YOU ARE READING
Secret Little Crush【C】
Short Story『Tersimpannya segala luahan hati dan perasaan terhadap crush di dalam diari kecilnya』 『Sorry, terdapat begitu banyak MANGLISH yang boleh membuat anda ingin menghentakkan kepala anda ke dinding sehingga pecah』 [Changlix's Love Story] Cover By: @jimon...