09 Januari 2019
Harini ada sesi temu ramah dengan Seo Changbin. Itupun cikgu yang suruh ❤ dan aku terlalu malu untuk tanya soalan :(
Lil lixie diary's ❤
『flashback』
“Ok semua! Harini kita akan adakan sesi Hot Seat with our new classmate Changbin.” cikgu mula memanggil Changbin untuk ke hadapan dan duduk di sebuah kerusi yang tersedia di hadapan kelas.
“Giliran akan mengikut urutan tempat duduk kamu semua. Pastikan setiap seorang ada soalan yang hendak di tanya.”
Aku pada mulanya ingin panik malah menundukkan muka aku.
“Kenapalah kita duduk depan sangat.” bisik aku kepada Jisung.
Malah sesi temu ramah pon bermula. Beberapa orang kini menanyakan soalan kepada Changbin dan akhirnya sampai di giliran aku.
“Felix? Mana soalan kamu? Apa yang kamu nak tanya?” soal cikgu kepada aku.
“Urmmm.....” aku menundukkan muka aku dan terus membisu malah muka aku mula memerah.
Kedengaran beberapa sorakan yang dilemparkan kepada aku kerana aku malu.
Changbin hanya tersenyum melihat aku yang menunduk sejak dari tadi.
“Kalau tak nak bagi soalan tak apa, kita boleh teruskan dengan orang lain--”
“Tunggu cikgu! Erk.... Tempat tinggal kat mana?!” aku mula gelabah tetapi Changbin hanya tersenyum kepada aku.
“Saya tinggal di hati awak.”
Oh shoot..... Sorakan para pelajar lain semakin kuat mendengar jawapan Changbin itu.
“Ji... Aku rasa aku demam la”
YOU ARE READING
Secret Little Crush【C】
Short Story『Tersimpannya segala luahan hati dan perasaan terhadap crush di dalam diari kecilnya』 『Sorry, terdapat begitu banyak MANGLISH yang boleh membuat anda ingin menghentakkan kepala anda ke dinding sehingga pecah』 [Changlix's Love Story] Cover By: @jimon...