➶day 9

192 28 1
                                    

12 Januari 2019

Malunya! Aku tengah sibuk usya Changbin and then dia pandang aku balik :'( kantoi aku usya dia.

DAN! SEMPAT DIA WINK DEKAT AKU! Urgh.... I hate him so much :'(❤

Lil lixie diary's ❤

























flashback

“Kau ni dah kenapa Lix?” soal Seungmin sambil mengemaskan begnya bersedia untuk pulang.

“Kau tak dengar ke tadi aku bergaduh dengan cikgu Geografi sebab pakai liptint?” jawab aku dengan jelingan maut yang aku hadiahkan.

“Hahahaha tu la kau. Pakai cantik cantik nak pergi mana? Siapa nak tengok?” perli Jisung.

“Changbin?”

“Dah tak payah nak merepek pasal crush kau. Jom balik.” Seungmin mula menarik tangan aku dan Seungmin keluar dari kelas dan terus menuruni tangga.

Sedang kami menuruni tangga, aku mendapati Changbin tengah berbual dengan cikgu Geografi sambil menuruni tangga.

Sementara Changbin sibuk bercakap dengan cikgu, aku sempat memandang muka Changbin dan terus merenungnya.

Tanpa aku sedar, Changbin memandang aku sambil wink kepada aku.

Tapi mulut still bercakap dengan cikgu. Dah cakap dengan cikgu tu pandang la cikgu ni tak, masih pandang aku.

Lepas sahaja Changbin wink dekat aku, aku terus menuruni tangga dengan laju dan terus keluar dari bangunan itu.

“Muka aku dah panas.” aku memegang pipi aku.

Panas dan confirm merah teruk. Haduhhh macam mana ni.

Secret Little Crush【C】Where stories live. Discover now