Tok! Tok!
"Sya!" Panggil satu suara dari luar.
Tiada sahutan.
"Sya! Lia dengan Elly datang ni." Ucap suara itu lagi.
Masih sunyi.
Kemudian kedengaran suara berbisik-bisik di luar pintu.
"Sya, Elly ni. Elly datang dengan Lia. Kitorang masuk ye?" Panggil satu suara lain pula.
Selepas beberapa detik tidak menerima balasan, tombol pintu terus dipulas perlahan.
Gelap. Sunyi.
"Sya!" Elly menapak masuk. Lia menurut dibelakang usai mengucapkan terima kasih kepada Datin Maisarah.
Suis lampu ditepi dinding dipetik. Cahaya menerangi bilik yang tadi nya gelap.
Sesusuk tubuh diatas katil yang berbaring membelakangkan pintu menarik perhatian mereka berdua.
Lia menghampiri langsir, lalu mengikatnya menggunakan tali yang telah tersedia. Cahaya matahari mula memenuhi ruang bilik.
Elly perlahan-lahan melabuhkan duduk diatas katil. Peha gadis itu ditepuk perlahan.
"Sya?" Panggil Elly. Berbasa-basi meskipun didalam hati risau yang amat.
Diam. Tiada sahutan.
Mata Syakila masih rapat terpejam.
Lia menghampiri sisi katil. Bahu Elly disentuhnya perlahan.
"Sya tido agaknya. Takpelah, kita datang lain kali pula." Lia berkata perlahan. Elly tertunduk lemah.
Perlahan-lahan dia bangkit dari katil, dan bergerak kearah pintu.
"Khai mana?" Suara Syakila kedengaran seperti berbisik. Elly dan Lia saling berpandangan sebelum kembali menghampiri sisi katil.
"Sya, awak sihat?" Terus sahaja Elly menanyakan soalan.
Syakila bangun, lalu menyandarkan tubuhnya pada kepala katil. Wajahnya tampak cengkung dengan lingkaran hitam mula menghiasi bawah mata Syakila. Lesu dan tidak bermaya.
Matanya dihalakan kearah pintu bilik, lama. Seperti mengharapkan seseorang untuk masuk ke dalam biliknya. Elly dengan Lia turut sama menghalakan mata kearah pintu tersebut.
"Korang tak ajak Khai lawat aku?" Syakila bertanya.
Keduanya menelan liur, kesat.
"Dia taukan aku demam, dia tak nak datang tengok aku ke?
Elly mula mengetap bibir, cuba mengawal tangis. Lia pula sudah melepaskan keluhan.
"Ke Khai dah tak nak jumpa aku? Dia dah tak sayang aku ke? Hah Elly? " Syakila semakin mendesak.
"Mana telefon aku? Aku nak call dia, suruh dia datang tengok aku. Dia memang nak kena ni." Syakila tiba-tiba bangkit cuba mencari telefon pintarnya. Habis tiap ceruk kawasan diselongkar.
Elly dan Lia sekadar memerhati dengan wajah yang sayu.
"Jumpa pun." Jerit Syakila riang.
"Nak kena hunny bunny aku ni, sampai hati dia tak nak datang tengok aku." Nombor telefon Khai didail. Telefon tersebut dilekapkan di telinga.
Bunyi ringtone perlahan kedengaran. Dahi Syakila berkerut pelik.
Syakila menghampiri kearah bunyi tersebut, yang ternyata datang daripada dalam sebuah kotak. Lekas-lekas kotak tersebut diselongkar.
Telefon pintar yang memaparkan perkataan 'My love' pada skrin yang sedikit retak menambahkan kerutan didahi Syakila. Telefon tersebut dicapai.
"Macam mana telefon Khai boleh ada dekat dalam ni?" Syakila menanyakan soalan.
Elly sudah teresak menangis ditepi katil. Lia bergerak menghampiri Syakila. Telefon tersebut dicapai.
"Sya, Khai dah takde."
"Khai pergi mana? Bila dia balik? Kenapa aku tak tau? " Syakila masih pelik. Lia mengeluh.
Inilah perkara yang perlu dihadapnya sejak sebulan yang lalu. Tiap kali dia dan Elly datang, lebih kurang seperti inilah reaksi Syakila.
"Sya, Khai dah takde dan takkan balik lagi. She passed away a month ago, dia accident. Remember?" Tenang sahaja Lia menuturkan.
Namun tidak pada reaksi Syakila, dia nampak tergamam. Sebelum akhirnya dia tiba-tiba jatuh terduduk dihadapan Lia. Airmatanya merembes keluar untuk kesekian kalinya.
"Khai..." Sebut Syakila perlahan.
To be continued...

ANDA SEDANG MEMBACA
Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}
Romance"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yan...