Pra Sekolah

46 3 2
                                    

        Masa aku pra sekolah, hidup aku sentiasa berkawan dan tak ada musuh...cuma ada la perangai nakal sikit dek hasutan kawan-kawan...

        Seorang budak perempuan, rupa paras dia tak cantik tapi dia baik, kalau orang marah dia..dia tak pernah balas balik..sebaliknya dia hanya berdiam sahaja.. aku ni pula kadang- kadang kawan dengan dia kadang-kadang tak..Dia tak lawa macam seorang kawan aku ni, kalau nak ingat nama dia, minta maaf la aku tak ingat sangat dah..tapi muka dia aku ingat sampai sekarang..serius la cakap dia memang cantik sebab kulit dia putih dan comel..tapi satu je yang tak kena..senang cakap boleh 'mencacatkan' kecomelan dia la..masalah tang 'gigi' dia tu sebab hitam..alah biasa la budak- budak hitam kat celah-celah gigi tu kira normal la sebab kebanyakkan budak-budak giginya banyak macam tu..tapi alhamdulillah gigi aku ok je huhu..

        Kalau nak tau dia ni la ketua segala "pulau" kan orang..kami yang lain pon dengan bodohnya ikut cakap dia..hat aku pula kalau tak kawan dengan si budak gigi hitam tu..mesti aku pergi cari budak yang kurang cantik tu..nak ingat nama dia balik pon susah al maklum la berapa tahun dah tinggalkan pra sekolah tu..kalau muka depa alhamdulillah aku ingat sampai sekarang..

        Masa aku kecil kalau pergi sekolah..memang aku ingat pasal sekolah je..kalau kat rumah memang aku ingat nak gomoi mak aku je mencari susu hahaha..maaf la noh aku berhenti menyusu masa umur aku lima tahun hahaha..masa kat rumah memang tak ingat la pasal sekolah.

KISAH HIDUP AKUWhere stories live. Discover now