Disini bermula la kisah hidup aku yang kadang kadang ada sedih ada gembira tapi dekat sekolah ini la aku belajar banyak benda..dekat sekolah ini juga aku tahu fungsi sebagai seorang pelajar..dekat sekolah ni juga aku dapat kenal cikgu cikgu yang baik kawan kelas yang baik..tak macam sekolah neraka tu..cikgu pon naik taring jugak.
Biasa la nama pon sekolah melayu so peraturannya kena la pakai tudung..aku pulak tak ada masalah bab pakai tudung sejak binatang yang orang panggil babi tu...ohh yeahh aku dah ingat nama binatang tu "kutu babi" memang babi pon sakit betul bila binatang tu memulakan misi menggigit..
Ceritanya macam ni masa aku darjah empat..kami sekeluarga berpindah di rumah yang ayah aku beli dekat Taman Kamunting Bakti sebelum kami berpindah dekat Taman Kamunting Bakti..kami duk dekat Taman Yayasan..Taman Yayasan ni tak jauh pon dari Taman Kamunting Bakti sebab sebelah sebelah aje tamannya..ayah dan mama aku ni tak sanggup dah asyik menyewa aje dari dulu..rumah dah beli tpi dah 10 tahun terbengkalai..kalau tak silap aku ayah beli rumah ni masa aku 3 hari dilahirkan..so mama ayah buat keputusan nak duduk juga rumah sendiri walaupun masa tu tak dapat CF lagi..masa kami nak berpindah ni tak ada sorang pon yang duduk taman tu lagi..kiranya keluarga aku la duduk dulu taman tu..
Nak dijadikan cerita kawasan perumahan tu memang ada kerbau..kerbau yea bukan lembu..so faham faham aje la dah nama aje kerbau mesti la bawak natang kutu babi tu.. natang tak guna ni la masuk dalam lubang telinga aku..sakit gila wey dalam lubang telinga kot jenoh nak buang so mama terpaksa bawak aku ke pakar untuk buang kutu babi tu dalam telinga aku..tapi pandai gak akak doktor pakar tu dia suruh seorang abang yang berbadan sedap (sado) peluk aku..sebelum abang doktor tu peluk aku depa bungkuih (bungkus) aku macam ikat orang gila sebab tak nak aku banyak gerak.. senang cerita macam bedung baby la..bungkus tu cam pocong pulak dengar..pastu abang doktor tu pulak peluk aku uhhh rasa macam "sting aku yahuu 2.0" 😂 bercampur dengan rasa sakit telinga tapi rasa macam seimbang la sakit dengan kena peluk tu..ishhh aku tak tahu la nak cerita macam mana.
Sejak dari kejadian tu la aku mula pakai tudung😅
Masa mama dan aku masuk dalam pejabat ada seorang cikgu ni tegur aku..katanya lepas ni jangan pakai tudung sarung yang ada awning..masa tu mama pon ada.
" esok saya beli tudung yang baru untuk Shagiha. " jawab Puan Che Rodijah..bila cikgu tu dengar mama cakap macam tu dan cikgu tu pon berlalu dengan senyuman yang manis.
Masa aku dengan mama dalam perjalanan untuk pergi ke kelas aku yang baru..aku dengan mama terdengar suara murid yang bising dari satu kelas..masa mama dan aku nak kearah kelas yang bising tu..aku dengan mama ternampak seorang pelajar perempuan berada di luar pintu kelas..
" Assalamualaikum dik, ni kelas 5 Syahbandar ke? " mama bertanya untuk kepastian walaupun dekat atas pintu sudah sedia tertulis "5 Syahbandar " di situ.
" Waalaikumussalam makcik, iye makcik ni kelas 5 Syahbandar..anak makcik pelajar baru kelas ni ke?" Ramah pelajar perempuan itu memjawab pertanyaan puan Che Rodijah.
" Haah, haaa...nama adik apa? Ni anak makcik nama dia
YOU ARE READING
KISAH HIDUP AKU
Aksikisah sebenar kehidupan aku dari kecil hingga la kehidupan aku yang sekarang..luka dihati yang tak pernah hilang..aku mengimbas kembali liku-liku kehidupan yang pernah aku lalui..perit rasanya bila pelbagai masalah menimpa diri aku ketika itu..