Serius aku memang tak tahan dah duduk dalam kelas tu..rasa macam orang bodoh aje masih lagi sekolah dekat situ dah la tak ada sahabat..jangan kata sahabat kawan pon tak ada dekat sekolah tu yang ada pon yang jenis perangai anak setan aje ada la.
Waktu rehat pon aku makan sorang sorang tak ada kawan macam orang lain..lepas beli makanan terus masuk dan makan dalam kelas..actually makanan yang aku maksudkan ialah keropok cukup la untuk aku lapik perut.. kat sekolah tu aku pernah la beli sup ingat nak rasa la sup cina sedap ke tak..tapi hawau rasa macam minum air kosong aje supnya..tapi tu la kali pertama dan terakhir aku makan benda macam tu kat kantin sekolah tu..biasa la sekolah cinakan silap silap perencah babi pon dia bubuh dalam makanan tu.
Lepas aku tersedar dan aku rasa tak sedap hati bila makan sup tu..tak lama lepas tu aku dah tak suka pakai skirt pendek kat sekolah..asyik nak pakai baju kurung aje bila nak pergi sekolah tak tahu la sebab apa tapi apa yang aku dapat rasakan aku rasa macam selesa bila pakai baju kurung dan rasa macam tertutup dan sopan gitueww😁 mungkin dapat hidayah kot😂 alhamdulillah.
Masa aku darjah empat aku dah start rabun..susah betul nak tengok tulisan yang cikgu tulis kat papan hitam dah la aku duduk belakang al maklum la aku kan pelajar disisihkan dalam kelas tu so layak duduk tempat duduk belakang aje la.
Balik rumah aku ada bagi tahu dekat mama yang aku tak nampak apa yang cikgu tulis kat papan hitam..sekolah ni kuno sikit sebab masih lagi pakai papan hitam sekolah melayu rata rata dah pakai papan putih dah pon..ok berbalik pada cerita kat rumah tadi..banyak kali jugak aku bagi tahu mama tapi mama cakap kat aku "adik nak jadi oku ke pakai cermin mata?" Biasa la budak kecik dengar aje perkataan oku takut la😁 aku fikir baik aje masa tu mungkin mama ayah tak mampu nak beli cermin mata ke kat aku atau mungkin fikir aq mengada nak pakai cermin mata..tapi tu la sejak mula rabun pelajaran aku semakin la merosot sebab aku tak nampak dengan jelas lepas tu tak dapat siapkan apa yg cikgu tulis kat depan..haaa masa tu la memang kerap aku kena rotan dengan cikgu..nak pinjam buku kawan kadang kadang diorang bagi kadang kadang mood diorang tak baik diorang tak bagi..hurmm susuh betul hidup aku masa tu.
YOU ARE READING
KISAH HIDUP AKU
Acciónkisah sebenar kehidupan aku dari kecil hingga la kehidupan aku yang sekarang..luka dihati yang tak pernah hilang..aku mengimbas kembali liku-liku kehidupan yang pernah aku lalui..perit rasanya bila pelbagai masalah menimpa diri aku ketika itu..