Dunia..

25 1 0
                                    

Dalam hidup ni semua manusia inginkan kebahagian. Bahagia ada keluarga, bahagia ada wang ringgit, bahagia jadi orang kaya, bahagia dari sudut semuanya.

Tapi kadang dorang lupa, makna bahagia hanya bila kita ada Dia. Dia yang menghidupkan kita. Dia yang sentiasa ada. Waktu susah senang perih ranjau duka.

Sebab betul orang kata, bergantung pada bunga, buang akan layu. Bergantung pada manusia, manusia akan mati. Tapi bila bergantung pada Dia, in shaa Allah selamanya bahagia.

Kunci sebenar kehidupan yang bahagia hanya terletak pada redha. Apabila kau redha dengan ketentuan-Nya, maka kau berhak beroleh kebahagian dunia bahkan juga akhirat sana. Jadi buat apa kita nak buang masa?

Buang masa bercinta, alih2 tak kemana. Buang masa mekap muka, nanti mati pucat juga muka kita. Buang masa berseronok di dunia, akhirnya sengsara kat akhirat sana.

Jadi cari punca, di mana silap diri kita. Jangan hanya suka jaga kain orang je. Sebab diri kita sendiri pon banyak dosa noda. Self talk untuk diri ke arah kebaikan, ubah diri jadi yang terbaik. Baik di dunia mahupun akhirat kelaknya.

Sebab masa tak tunggu kita, mati boleh bila-bila sahaja. Dan mati juga tak kira usia. Usah terlena dan terleka. Dengan DUNIA yang sementara.. Istiqamah!

#insyaAllah
#selftalkkearahkebaikan
#27/01/19, 11.21pm

Luahan Sepi.Where stories live. Discover now