Mama..

13 1 0
                                    

Aku tak tahu nak mula dari mana, sebab aku memang hanya suka berpuisi. Jarang nak tulis benda-benda berbentuk ayat panjang macam ini. Tapi untuk luahan kali ini, aku rasa aku akan cuba. Sebab kisah ini untuk insan teristimewa dalam hidup aku. Ibu tercinta, kekasih setia abah aku, ibu kepada abang aku, kakak aku dan adik aku. Insan yang dah banyak kali jadi penguat untuk kami satu keluarga.

Mama aku ini peramah orangnya. Hobi dia adalah masak untuk semua orang. Terutama anak-anak dan suami dia. Dan masakan mama adalah yang paling sedap di dunia. Haha. Win habis sebab tak ada masakan lain dapat tandingi. Even anak-anak dia sendiri masak pun tak akan sama dengan masakan dia. Adalah certain masakan sama, but mostly tak akan. Masakan mama like heaven!

So nak dijadikan cerita, mama baru sahaja habis pencen dari Sabah. Setelah dia penat kerja selama 60 tahun, berkhidmat untuk kerajaan akhirnya dia dapat rehat. Mama pindah balik Kuala Lumpur dengan abah. Dan waktu ini, mama tiba-tiba jatuh sakit. Kaki mama melecet sampai tak boleh nak jalan. Tapi waktu ini, keadaan mama masih sihat. Cuma kaki sahaja tak boleh jalan. Doktor kata kencing manis. So faham-faham sahaja la. Bila kencing manis tahap teruk jawab dia potong la. Dan mama kena kerat satu jari disebabkan melecet makin teruk. So, waktu pun berlalu lagi dalam keadaan mama still tak dapat jalan.

Tapi takdir Allah itu pasti kan, abah tiba-tiba dapat job kat Kelantan. Dan oleh sebab itu, abah cakap nak balik duduk sana, senang nak beribadat juga umur dah tua-tua ini. So, pada mulanya abah nak tinggal mama di Kuala Lumpur buat sementara. Tapi isteri mana yang mampu berpisah dengan suami dia lama-lama. Mama berkeras nak ikut abah balik Kelantan. Dan duration mama abah balik tak lama. Sekejap sangat keputusan yang abah dan mama buat. Aku pun tak mampu nak halang keinginan orang tua. Sebab mereka yang tahu diri mereka sendiri kan. Maka baliklah mama dan abah ke Kelantan.

Selang beberapa hari, mungkin baru tiga hari balik ke Kelantan. Mama bertambah sakit baru, perut mama secara tiba-tiba kembung air. Pada mulanya kembung dan tak sakit. Tapi lama-lama sampai effect pernafasan mama. Dan aku ringkaskan cerita mama, doktor diagnosis mama tak ada apa-apa. Tapi yang hairannya perut kembung macam orang mengandung. Jadi dalam pada ke doktor, kami cuba juga cara kampung. Berubat jumpa ustaz, sebab sakit ini macam tiba-tiba sangat. Pelik sangat. Jadi kami jumpa bermacam-macam ustaz dan bomoh yang guna ayat Quran. Cuba cari penawar. Dan rata-rata ustaz cakap, mama terkena buatan orang iaitu sihir. Nauzubillah! Dan untuk kepastian kami pergi ke ramai ustaz yang boleh dipercayai. Dan kebanyakkan cakap benda yang sama. Mama disihir. Tapi sihir ini dah lama. Almost empat tahun lebih. Cuma sekarang baru effect dia kuat. Dan apabila pergi ke doktor, setelah perut mama makin besar dan penuh air, doktor diagnosis yang mama sakit bengkak hati. Allah, berat betul dugaan kau beri pada mama. Tapi aku tengok semangat mama kuat, mama cuba lawan semua sakit dia. Mama cuba kuat untuk kami sekeluarga.

Kami masih sedaya upaya cuba ikhtiar bawa mama berubat tapi keadaan mama makin teruk. Elok sekejap then esok jadi balik. Waktu pagi elok, makan breakfast apa semua tapi bila masuk waktu petang, lepas asar. Mama mula meracau. Cakap bukan-bukan, tapi selera mama besar. Mama kuat makan, dan minta makanan bukan-bukan yang susah nak dapat. Abah cuba sedaya upaya untuk penuhi semua permintaan mama. Cakap sahaja nak makan apa, semua abah belikan. Beruntung mama dapat suami macam abah. Lagi-lagi pada saat-saat dia bertarung nyawa lawan sihir dan penyakitnya.

Tapi janji Allah itu pasti, dan mati itu pasti. Setelah mama penat lawan penyakit dia dan lawan sihir manusia durjana, mama pergi untuk selamanya. Mama pergi pada 25/05/2019, hari Sabtu di bulan Ramadhan. Sungguh mulia kau jemput mama ya Allah di bulan Ramadhan Kareem. Waktu mama sihat, mama selalu kata kalau aku mati tanam aku sebelah kubur mak aku iaitu nenek aku yang kami panggil Mak. Dan pada hari mama meninggal kami usaha cari kawasan perkuburan yang sama untuk tunaikan hasrat hati mama. Tapi disebabkan waktu yang terlalu singkat, orang kubur cakap dah gali tapi tak tahu dekat dengan kubur arwah Mak atau tidak. Maaf kalau tak dekat. Namun kami redha sebab asalkan di kawasan yang sama kami dah bersyukur. Dan sesungguhnya cantik perjalanan mama menuju syurga, Apabila tiba di tanah perkuburan, kubur mama hanya selang sebuah sahaja dari kubur Mak. Sungguh Allah makbulkan impian mama nak ditanam berdekatan dengan kubur arwah ibunya yang tercinta. Mengucap kesyukuran kami dengan kurniaan-Mu ya Allah. Dan perjalanan pengebumian mama siap tersangat pantas. Ramai juga aku jumpa kawan-kawan lama mama, dan dari diorang aku dapat tahu yang walau jauh mana mama berada even jauh kat Sabah, mama selalu contact kawan dia. Kawan rapat ke, tak rapat ke semua dia rajin contact dan masih keep update cerita. Sampai la waktu mama dah sakit teruk dan tak mampu main handphone. Itu waktu mama berhenti contact kawan-kawan dia. Allahu. Aku baru tahu, betapa mama jaga relationship sesama manusia terutama sahabat. Begitu sedihnya kawan-kawan dia hilang sahabat macam mama. Patutlah mama selalu cakap, biarlah orang tak nampak kebaikan kita, Allah sahaja nampak. Rupa-rupanya begini sikap mama yang kami tak pernah nampak dan tahu.

Aku bersyukur mama diambil pada bulan Ramadhan yang mulia. Dan aku juga bersyukur yang kami enam beradik dah jalankan tanggungjawab terakhir untuk mama. Kami empat beradik perempuan Allah bagi peluang mandikan jenazah mama buat kali terakhir. Sama-sama mandikan mama dan cantiknya jenazah mama waktu ini kerana tiada walau setitis najis atau kotoran pun yang keluar dari tubuh mama. Tubuh mama suci dan bersih. Keajaiban Allah yang kau kurniakan pada mama. Allhamdulillah. Setelah itu, anak lelaki dua orang yang menyambut jenazah mama di liang lahad dan sempurnakan pengebumian mama. Indah cerita mama untuk kami sekeluarga. Kenangan yang tak mungkin kami akan lupa untuk selamanya. Moga roh mama ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Moga mama tunggu aku, abah dan adik beradik lain di taman syurga dan moga aku dapat jumpa mama lagi di alam sana nanti.

Dan satu pesanan kepada manusia keparat yang dah buat mama sakit dan sihir mama, aku harap kau berubah la sebab hidup tak selamanya indah. Jangan lupa kau juga hamba Allah dan kau tak sepatutnya berpaling pada Allah. Aku tak tahu macam mana hidup kau nanti sebab kalau betul kau buat jahat kat mama, kau tak akan hidup senang dan tenang sampai bila-bila. Aku harap Allah bagi kau rasa balik apa kau dah buat kat mama. Amin!

So kepada pembaca, aku harap jadikan kisah mama aku sebagai pengajaran. Janganlah kamu berbuat dosa macam sihir orang lain hanya untuk kepuasan hati kau. Kau puas di dunia, tapi tunggu pembalasan di akhirat sana. Dan kedua, jaga hubungan kita dengan manusia. Berkat mama selalu tanya khabar kawan-kawan dia, ramai kawan dia yang aku sendiri tak ingat dari mana datang waktu sembahyang jenazah mama. Alhamdulillah. Dan ketiga, jangan lupa segala anugerah adalah dari Allah. Rezeki, jodoh, maut semua di tangan Tuhan. Kita sebagai manusia tak tahu bila kita akan pergi. Mungkin hari ini mungkin esok. Jadi sentiasa ingat Allah dan jangan sesekali lupa Dia. Dan yang terakhir, kalau kita rasa diri kita lost dan hilang arah, berpaling la kembali pada Allah. Walaupun orang lain tak nampak kebaikan kau buat, tetapi Allah sentiasa nampak. Jadi teruskan hidup kau dengan buat perkara-perkara indah dan bermanfaat untuk diri kau. Kau ingat Allah sentiasa, In shaa Allah hidup kita akan berkat di dunia mahu pun di akhirat sana. In shaa Allah. Moga kita sama-sama istiqamah. :)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 14, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Luahan Sepi.Where stories live. Discover now