MIKA! Ye nama penuhku Mikaela Nisa. Nama panggilanku Mika. Sejak kecil aku mempunyai ramai kawan yang tidak boleh aku lupakan hingga kini. Tetapi setiap pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan. Perpisahan yang terkadang hadir tanpa diduga. Namun ada ketika aku mengimbas kembali kenangan pahit yang sukar untuk aku lupakan.
Sukar.
Sentiasa terpahat dan meruntun di jiwa kerana aku kehilangan seseorang yang dipanggil "sahabat". Sahabat yang aku anggap sebagai ahli keluarga aku sendiri. Siapa yang tidak sedih apabila kehilangan ahli keluarga.
Hari demi hari yang kita lalui dengan perjalanan yang penuh liku selari dengan hembusan nafas. Kita alpa, alpa bahawa setiap manusia tidak akan kekal di bumi. Tiba saatnya dimana perpisahan akan berlaku, di mana akan ada manusia yang merintih menangis kesedihan mengenangkan perpisahan yang berlaku.
Aku takut! Aku takut akan realiti. Air mataku menitis setitik demi setitik.
Aku bertanya pada tuhan " adakah ini kenyataan ? adakah aku sedang bermimpi? Bolehkah aku putarkan kembali waktu ?.
Kisah bermula ketika kami berada di tingkatan 5 dimana kami sentiasa bersama-sama ketika suka dan duka. Saling melengkapi dan memahami. Dimana saat kita masih ketawa bersama atau ketika terkadang aku jahil dalam sesuatu perkara kau datang membantu, membimbing aku sedikit demi sedikit tanpa mengenal erti putus asa dan bosan.
Kita bergurau senda tanpa batasan, gelak ketawa dan tanpa sedar kita lupa bahawa waktu akan terus berjalan tanpa kita sedar menoleh.
YOU ARE READING
JIWA YANG PERGI..
General FictionCerpen ini adalah mengenai persahabatan. Persahabatan bukanlah tentang siapa yang kau kenal paling lama. Tapi tentang ia yang datang ke kehidupanmu dan berkata, "Aku di sini untukmu," lalu membuktikannya. Seperti kata-kata di atas untuk sahabat seka...