Aku pulang ke rumah dengan langkah yang berat dan otak yang serabut memikirkan punca kepada semua yang berlaku.
" esok aku mesti melawat Faezah walau apa cara sekalipun" petikku di dalam hati.
Aku pergi ke hospital yang diberitahu oleh ibu Faezah semalam. Namun hampa kerana jururawat di hospital tersebut memberitahu yang Faezah sudahpun tidak dirawat lagi di situ.
Aku bergerak ke rumahnya dan ketika aku sampai di halaman rumah Faezah kelihatan ramai orang yang datang melawat. Aku melangkah laju ingin bertanya apa yang sedang berlaku. Aku resah tanganku menggigil sejuk.
Perasaanku tidak enak.
Aku memberi salam di muka pintu. Badan aku kejung kaku. Mataku melirik di kawasan tengah rumah tersebut.
Sekujur tubuh yang sudah dibaluti kain putih, berkulit pucat dan air mukannya kelihatan tenang. Di sebelahnya terdapat seorang perempun yang bertudung putih sedang menangis teresak-esak sambil memegang surah Yassin. Kakiku melangkah perlahan menghala ke arah jenazah yang sudah terbaring kaku. Air mataku laju mengalir.
" Ya Allah Faezah...kenapa kau tinggalkan aku macam ni.. kenapa kau tak cerita kat aku...kenapa kau tanggung sakit ni sorang-sorang..kenapa kau buat aku macam ni..kenapa faezah...kita sahabat dah janji susah senang bersama walau apa masalah sekalipun aku sanggup dan sentiasa ada di sisi kau..tapi sekarang dah terlambat... kau pergi tanpa sempat aku mainkan peranan aku sebagai sahabat yang baik untuk kau..mungkin ini yang terbaik untuk kau..semoga kau tenang di sana kerana kau sudah cukup sengsara di dunia..
Setiap yang hidup di dunia pasti akan merasa mati, cepat atau lambat hanya waktu dan takdir yang akan menentukan. Hidup harus diteruskan.
Mengingati setiap saat kita bersama gelak tawa kau tidak akan aku lupakan. Nama Faezah tidak akan aku lupakan. Kau akan sentiasa berada dalam hati aku dan kekal dalam ingatan.
Tidak semua orang beruntung mendapatkan seorang sahabat yang boleh memahami dirinya Kalau kamu salah satu orang yang beruntung itu, ungkapkan rasa syukur dengan menghargai sahabat anda.
YOU ARE READING
JIWA YANG PERGI..
General FictionCerpen ini adalah mengenai persahabatan. Persahabatan bukanlah tentang siapa yang kau kenal paling lama. Tapi tentang ia yang datang ke kehidupanmu dan berkata, "Aku di sini untukmu," lalu membuktikannya. Seperti kata-kata di atas untuk sahabat seka...