Aku bergambar dengan sahabat-sahabatku. Berbagai-bagai gaya yang kami lakukan sambil ketawa riang. Dalam keadaan sedar atau tidak aku melupakan salah satu sahabatku yang berharga. Aku berlari ke sana sini mencarinya namun tidak kutemu.
Aku bergegas pulang ke rumah dan mengucapkan selamat tinggal kepada sahabatku yang lain. Aku terburu-buru ingin mencari sahabatku yang satu itu.
Seusai sampai di rumah aku bergegas menukar baju harian dan menyarung tudung sarung yang sempat kucapai.
Aku menghidupkan enjin motorku dan memecut laju menuju ke rumah Faezah.
Nama diberi Faezah Hani. Orangnya comel, berkulit putih dan pandai juga baik hati. Faezah tidak pernah mengungkit segala kebaikan yang dia lakukan malah tidak pernah mengharapkan balasan.
Sesampainya aku di rumah Faezah aku dengan segera mengetuk pintu dan memberi salam. Ibu kepada Faezah membuka pintu. Aku memberikan senyuman manis kepadanya. Ibu Faezah bertanya kepadaku "cari siapa ye nak ? "
Aku tersenyum tipis sambil menjawab soalannya " saya cari Faezah mak cik, saya nih kawan sekelas Faezah.. dia ada ?" soal aku. Entah kenapa tiba-tiba jantungku berdebar-debar. Seperti ada berita buruk yang bakal aku terima.
" Faezah ada di hospital nak..." jawab ibu Faezah. Aku terkedu terdiam tidak tahu tahu mahu berbuat apa. Adakah betul ape yang aku dengar ni? Tapi kenapa ? kenapa tiba-tiba?
" sakit ape mak cik ? tanyaku.
"sakit leukimia" jawab ibu Faezah dengan raut muka yang dipenuhi kesedihan.
Ibu Faezah menceritakan bahawa Faezah telah menghidap penyakit ini 4 tahun yang lepas.
Macam mana aku boleh tidak perasaan ? selama kami bersama dia tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan fizikal mahupun yang dia sedang sakit, atau adakah aku sahabat yang tidak berguna ? tidak prihatin tentang masalah sahabat aku sendiri. Ya Allah teruknya aku...
YOU ARE READING
JIWA YANG PERGI..
General FictionCerpen ini adalah mengenai persahabatan. Persahabatan bukanlah tentang siapa yang kau kenal paling lama. Tapi tentang ia yang datang ke kehidupanmu dan berkata, "Aku di sini untukmu," lalu membuktikannya. Seperti kata-kata di atas untuk sahabat seka...