05 : Khasyaf & Emma

528 29 15
                                    

MARSHA mengongoi sepuas hati pada pangkuan emak Khasyaf. Air matanya bercucuran keluar, seperti takkan berhenti lagi. Sudah menghampiri 20 minit dia menangis. Sudah berguni isi hatinya diluahkan pada emak Khasyaf. Dia mahukan keadilan. Khasyaf sudah dibutakan mata hatinya oleh Emma.

"Dia dah tak sayang saya, mak cik. Dia tak cari saya, tapi dia pilih cari Emma," adu Marsha tanpa jemu. Ayat itu diulang-ulang sejak 20 minit tadi. Dia tidak kisah kalau emak Khasyaf bosan mendengarnya. Dia hanya mahu emak Khasyaf sedar, dia tak boleh menerima hubungan 'kawan' Khasyaf dengan Emma. Hati perempuannya berkata, ada sesuatu dan sesuatu itu tak bagus untuknya.

Kalau dia berterusan menutup mata, dia bakal kehilangan Khasyaf. Khasyaf takkan segan silu meninggalkannya demi Emma penyondol tak guna dan tak sedar diri tersebut!

"Dia sayangkan, Emma..."

Sepi terus. Marsha mengangkat kepalanya. Matanya membesar sebelum dia menekup mulutnya.

"Mak cik tersasul. Maksud mak cik, Khasyaf sayang Marsha. Dia dengan Emma tu kawan saja. Kalau dia suka Emma, dia takkan minta mak cik pinangkan Marsha untuk dia."

Marsha kembali merebahkan kepalanya pada pangkuan emak Khasyaf. Dia menyambung tangisnya.

"Kalau Marsha risau, mak cik akan minta Khasyaf putuskan terus hubungan kawan dia dengan Emma. Mak cik akan minta dia jangan cari Emma lagi."

"Tak guna, mak cik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tak guna, mak cik. Saya dah minta dia buat. Dia mengaku dia dah putuskan hubungan kawan dia dengan Emma. Tapi mak cik tengoklah sendiri, senyap-senyap dia pergi jumpa Emma tu. Dia duakan saya. Kalau betul dia tak boleh hidup tanpa Emma, saya sedia mengundur diri. Saya boleh pulangkan cincin ni semula."

Marsha menarik cincin tunangnya keluar dari jari manisnya. Baru separuh jalan, emak Khasyaf menghalang. Cincin tersebut kembali menghiasi jari manis Marsha.

"Jangan buat keputusan terburu-buru. Masalah Marsha dengan Khasyaf ni masalah kecil. Takkanlah sampai nak putus tunang?"

"Dia duakan saya, mak cik."

Mengeluh emak Khasyaf mendengar rintihan Marsha. Anak bujangnya pun satu. Dia dah pesan jangan jumpa Emma dulu, Khasyaf degil. Khasyaf merayap juga ke rumah Emma. Bila keadaan dah jadi teruk begini, Khasyaf hilang entah ke mana.

Serentak dengan itu, pintu dikuak dari luar. Tubuh Khasyaf muncul di situ. Khasyaf nampak tenang, seperti tak ada masalah. Dia malas mahu memikirkan masalah yang berlegar. Semakin difikir, semakin berserabut.

"Dah balik pun kamu. Mak dengan Marsha tunggu kamu dari pukul tiga petang tadi."

Khasyaf mengangkat muka. Dia membalas pandangan mata emaknya. Kemudian pandangannya jatuh pada Marsha yang berada dalam pangkuan emaknya. Marsha sedang menangis.

Diam-diam Khasyaf mengeluh dalam hati. Dia sudah mula dijengah perasaan bosan melihat Marsha menangis dan mengadu pada keluarganya. Ini masalah mereka berdua dan masalah tersebut timbul sebab Marsha salah faham. Bukan saja Marsha salah faham, Marsha pun turut curiga. Masalah yang boleh selesai dalam sekelip mata, sudah berlarutan masuk minggu kedua. Siapa yang tak penat?

e-Book KHASYAF | Best SellerWhere stories live. Discover now