10 : Trouble

254 9 0
                                    

MATA Khasyaf tak lepas memerhatikan Marsha. Sejak dua jam tadi dia menemani Marsha memilih beg tangan dan kasut untuk dijadikan hantaran perkahwinan mereka berdua. Namun sejak dua jam tadi, belum ada yang berjaya menarik perhatian Marsha. Marsha tidak kisah menjelajah dari satu kedai ke satu kedai, dan dari satu mall ke mall yang lain. Khasyaf pula sudah penat.

Khasyaf rasa, semua kasut dan beg tangan yang dipamer dirak sangat cantik dan sesuai dijadikan hantaran. Marsha saja yang cerewet. Cerewetnya Marsha sehingga berjaya membuat kepala Khasyaf pening.

"Tak jumpa lagi ke beg dengan kasutnya, Marsha?" Suara Khasyaf jelas bosan dan kepenatan.

Marsha hanya tersenyum lebar. Dia mengambil sepasang kasut dari rak yang dipamerkan. Kemudian kasut tersebut terus digayakan sebelum dia menghayun langkah laksana model di depan Khasyaf.

"Kasut ni cantik tak?"

"Cantik, Marsha. Cantik sangat."

"Tapi saya tak nak warna merah. Saya nak warna biru. Biru dah taka da stock."

Tanpa sedar Khasyaf menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mungkin sebentar lagi rambutnya akan memutih gara-gara tertekan menemani Marsha memilih kasut dan beg tangan.

"Merah atau biru, semuanya cantik. Kalau tak ada warna biru, merah tu pun okey."

"Awak lelaki, mana nak faham taste perempuan."

Marsha bergerak pula ke arah rak yang lain. Seperti tadi, dia rancak menggayakan kasut yang sejiwa dengan citarasanya.

"Yang ni macam mana?"

"Cantik."

"Awak kata macam ni cantik?" Sedepa muncung Marsha. Dia menanggalkan kasut tersebut dan diletakkan semula ditempatnya secara kasar.

"Kasut tu buruk. Awak sengaja kata cantik sebab awak dah tak nak teman saya."

"Kasut tu tak buruk pun di mata saya. Kasut tu sempurna. Awak pakai apa pun, semuanya cantik di mata saya."

Barulah dia melihat muncung Marsha berganti dengan senyuman. Lengan Khasyaf dipaut kemas, seperti sengaja menunjuk-nunjuk pada pekerja yang bertugas di situ.

"Kita pergi kedai lain. Kedai ni kasut dia tak cantik sangat."

"Kita dah masuk dua puluh kedai, Marsha. Mungkin juga lima puluh."

"Jadi betullah awak dah tak nak teman saya lagi?"

Berat sungguh keluhan Khasyaf. Dia mengalah, tapi tak bermakna dia kalah. Dia mengalah demi kesejahteraan hidupnya.

"Kita masuk kedai depan tu. Kasut dengan beg tangan kedai tu cantik-cantik."

Sebelum ini pun, itu juga ayat Marsha. Namun akhirnya, tangannya masih kosong tanpa beg belanja.

Belum memasuki kedai tersebut, telefon bimbit Khasyaf berbunyi. Ada pesanan Whatsapp yang masuk. Air mukanya berubah melihat nama penghantar pesanan tersebut.

+ Khasyaf, saya perlukan awak. Awak dekat mana?

Khasyaf menyimpan semula telefon bimbitnya. Hatinya tak lepas dengan tanda tanya. Emma telah hilang dari radar hidupnya. Sudah menghampiri satu bulan dia tidak berhubung dengan Emma. Emma telah membuat keputusan dan dia menghormati keputusan wanita itu.

Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Spontan Khasyaf membaca pesanan yang baru masuk tersebut.

+ Saya dah balik semenanjung. Pelase, saya nak jumpa awak.

Langkah Khasyaf mendadak terhenti. Dia memandang Marsha. Nasibnya baik Marsha terlalu teruja untuk memasuki butik Coach.

"Marsha, saya nak pergi wash room sekejap."

"Pergilah."

Marsha memberi jawapan tanpa memandangnya. Jelaslah mata Marsha telah dikaburi oleh deretan beg tangan di butik tersebut.

Belum pun cukup lima langkah, telefon bimbit Khasyaf berbunyi lagi. Kali ini, Emma menghubunginya terus.

"Awak tak balas whatsapp saya." Suara Emma tenggelam timbul. Emma sedang menangis.

"Emma..." Hanya itu yang mampu Khasyaf luah.

"Awak dah benci saya." Emma mula membuat andaian saya.

"Awak marah saya, jadi awak abaikan saya. Awak dah tak nak kawan saya."

Mendayu tangisan Emma. Resah Khasyaf dibuatnya.

"Kenapa ni, Emma? Tadi saya dengan Marsha. Saya tak boleh terus jawab whatsapp awak. Nanti Marsha fikir yang bukan-bukan."

Esakan Emma yang membalas penjelasan Khasyaf.

"Emma?"

"Kalau saya kata saya nak jumpa awak, boleh awak datang jumpa saya?"

Rambutnya dilurut. Permintaan Emma bukan mudah untuk ditunaikan. Dia ada janji, janji yang bukan main-main dengan emaknya.

"Please Khasyaf... saya dah tak ada siapa-siapa."

Nyaris gugur jantung Khasyaf mendengar lontaran ayat Emma.

"Mak cik dan pak cik kenapa? Kakak awak dengan adik awak? Mereka tak apa-apa, kan?"

Soalannya tidak segera dijawab. Emma memilih menangis semahunya.

"Emma, bawa bertenang. Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan."

"Mereka dah tak anggap saya sebagai keluarga mereka. Saya ada masalah besar sekarang," cetus Emma tiba-tiba. Cetusan yang membuat Khasyaf terdiam seribu bahasa.

"Saya nak jumpa awak sekarang, Khasyaf."

"Sekarang tak boleh, Emma. Saya dengan Marsha."

"Awak tipulah dia. Saya betul-betul nak jumpa awak."

Tidak tahu kenapa Khasyaf meraup mukanya. Dia gelisah memikirkan permintaan Emma.

"Kalau... kalau awak pun tak nak jumpa saya, mungkin selepas ni awak akan jumpa mayat saya."

Ayat Emma terlalu mengejutkan. Aksinya selepas itu lebih dramatik. Emma memilih menutup talian. Biarpun berkali-kali Khasyaf cuba menghubunginya, hanya operator telefon yang memberi jawapan.

Khasyaf balik semula ke butik Couch. Di sana dia melihat wajah bahagia Marsha. Khasyaf harap, pencarian Marsha telah berakhir.

"What took you so long?"

"Ramai orang, barisan panjang." Khasyaf sudah pandai berdalih sekarang.

"Saya nak beg ni."

Satu beg tangan diawang-awangkan di depan mata Khasyaf. Tanpa berfikir panjang, dia membawa beg tersebut ke kaunter pembayaran. Marsha mengekorinya seperti anak kecil yang baru mendapat gula-gula kapas.

"Awak tak kisah? Harga beg tangan tu mahal," bisik Marsha setelah Khasyaf selesai membuat bayaran.

"Asalkan awak suka, saya tak kisah."

Bukan main lebar lagi senyuman Marsha. Sekali lagi dia memaut kemas lengan Khasyaf.

"Sekarang kita cari kasut pula."

"Kasut tu kita cari lain kalilah. Saya dah penat. Saya nak balik berehat."

Setengah tidak percaya Khasyaf mendengar ayat yang baru lahir dari bibir Marsya. Khasyaf takkan mempertikaikan keputusan Marsha. Malah dia sangat bersetuju.

"Okey, saya hantar awak balik sekarang."


Author's note :
Ada yang mula rasa menyampah ke dengan Emma? Sabar, ya. Bagi Emma peluang untuk berbincang dengan Khasyaf. Ada hal penting tu.

Untuk yang berminat nak beli e-Book KHASYAF ni, boleh WhatsApp +6010 449 7835.

e-Book KHASYAF | Best SellerWhere stories live. Discover now