Stupidity

419 16 9
                                    

PRELUDE DARI EPISOD 19

"Kenapa, mak? Marsha cakap apa?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa, mak? Marsha cakap apa?"

Emaknya hanya membisu. Dia terkesima. Pandangan matanya jelas kelam.

"Mak," panggil Khasyaf sekali lagi. Dia menyentuh bahu emaknya.

"Marsha cakap apa?" Tak jemu Khasyaf menuntut jawapan. Dia tahu emaknya penyokong tegar Marsha. Marsha selalu menjadi tempat pertama dalam hati emaknya. Jadi kalau tiba-tiba emaknya bermuram begini, pasti Marsha telah menyebut sesuatu. Sesuatu yang melukakan.

"Mak, saya nak tahu Marsha cakap apa."

"Marsha cakap mak bodoh."

Tidak dapat diukur rasa terkejut Khasyaf. Dia lebih terkejut berbanding emaknya sendiri. Selama ini, dia tutup mata apabila Marsha suka meninggikan suara padanya. Kali ini Marsha sudah memijak-mijak tembok kesabarannya.

Telefon bimbitnya diambil dan Marsha terus dihubungi. Suara Marsha di hujung talian sana masih meninggi.

"Awak nak apa lagi?"

"Awak cakap mak saya bodoh?" Khasyaf terus ke permasalahan utama.

"Ya, memang mak awak bodoh. Dia hasut awak supaya ke Palestine dan tinggalkan saya."

"Mak saya tak pernah hasut saya. Dia tak ada kena mengena langsung dengan niat saya nak ke sana. Malah dia larang saya. Dia call awak sebab nak tenangkan awak."

"Awak ingat saya nak percaya dengan putar belit awak tu? Awak dengan mak awak tu, sama saja. Dua-dua bodoh!"

Nota PK:
Untuk yang berminat nak beli e-Book KHASYAF ni, boleh WhatsApp +6010 449 7835. Harga promosi sehingga 10 Februari 2019 hanya RM12. Penghantaran bermula 22 Februari 2019 secara email atau whatsapp.

e-Book KHASYAF | Best SellerWhere stories live. Discover now