JUNG HANNA
[ point of view] ;Selepas semalaman aku menangis meratapi nasib yang sungguh lah malang lagikan malang itu.
Disinilah, aku mengemas baju - baju aku. Dua buah bagasi aku keluarkan dari penyimpanan dan mula menyumbat semua pakaian ke dalam.
Anda rasa, saya ada masa untuk melipat ?
—Jung Hanna, new Ambassador for Panadol Actifast.
Aku tak tahu lah, aku dah cukup sedar diri ke tak. Tapi aku sangat yakin, bahwa aku sedar diri yang aku anak kandung omma.
Tetapi...
Mengapa dia ingin menghalau satu - satunya anak daranya ini dari rumah ? Mengapa ?
Mengapa dia tidak, menendang anak terunanya saja yang keluar dari rumah ?
Apakah dosa, seketul Hanna ?
Cukup malas ingin berdrama lagi, aku menarik beg - beg yang sudah aku isi—erm, sumbat pakaian itu ke pintu bilik.
' beg - beg ' bermaksud bukan hanya satu. Tetapi lima buah beg yang di kurang tiga, ditambah dua, dikurang satu. Menjadi kan kesemuanya, 3 beg yang tinggal.
Sis, konpius. Itu yang berlaku konflik sebentar tadi.
- 2 bagasi
- 1 beg sandangAku masih tak berpuas hati dengan bilangan beg - beg itu kerana aku masih tidak dapat membawa patung kumamon tersayang aku.
Tapi disebabkan, aku malas nak bergaduh dengan otak. Aku relakan saja.
Nama juga, matematik. Memang sahih lah, musuh terdekat otak itu.
Selesai mengemas, aku merapikan semula cadar katil aku. Aku mungkin nampak cincai pada rupa. Tapi bukan pada kebersihan.
Hello, ini eks KK tau!
KK stands for, Ketua Kebersihan.Tapi member aku tak percaya. Diorang buat muka anjir kat aku sambil kata,
" KK, Ketua Kekotoran je yang cocok."
Haih, marilah kita tutup kesenduan ini. Bersama - sama pintu yang mungkin akan lama tidak aku lihat ini. Aduh, akan ku rindu kamu! Wahai kamar.
" kenapa engko tak angkut satu almari tu je ? " aku berpusing ke arah suara yang sangat menjengkelkan itu.
Manusia bedebah itu sedang ingin memerli aku ya ?
" memang nak bawa satu almari tu pun. Tapi takut kau melalak je, rindu aku. Lepas tu, kata aku dah tak balik - balik dah. " aku berkata dengan sinis.
Dia buat muka jelek. " bermimpi disiang hari ke ? "
Aku terus merempuh tubuh kepingnya itu bersama 'tentera - tentera' aku yang setia di belakang. Malas nak layan penyakit kuda, abang guweks ni.
" eleh, kau tu ngacah je lebih. Sekali tengok, tak sampai sejam dah melalak balik rumah! " laungnya dari atas sambil mengekek.
YOU ARE READING
Parking - ᴊᴊᴋ°
Fanfiction- JJK ; " aku cuma parking kat depan rumah kau je. Belum kat hati lagi. " Dang! s t a r t ; 28 jan [ 2 0 1 9 ]