[ 02. ] : Park's Mochi-ll Housing.

20 1 0
                                    

━━━ Selamat Datang Ke

ᴘᴀʀᴋ's ᴍᴏᴄʜɪ-ʟʟ ʜᴏᴜsɪɴɢ

∴━━━✿━━━∴

(●‿●✿)

Your dream's house.


Papan tanda di atas dipandang. Sekejap saja dia melihat kemudian matanya dilarikan di jalan raya.

Tetiba rasa something bila tengok simbol di atas itu.

'Park's Mochi-ll Housing. Lot 97. Jangan sesat kat rumah orang pula. Good luck!'

- OmMA[💜].


Mesej dari omma-nya, Jung Khanna. Dipandang sekilas.

Ingat Jung Khanna bukan Shah Rukh Khan.

" fuyoo. Lot 97 eh ? Rip skinny leg. Mende ambek yang jejauh siaa. " Hanna memandang kembali jalan raya besar untuk ke kawasan perumahan itu.

Jalan pun dah gedebak macam ni. Mestilah, rumah dia sekali.

Tak tahu lah, nak teruja sebab nak tengok rumah tu ke atau teruja sebab kaki akan patah.

Kalau tahu tadi, baik naik grab je tak pun, teksi. Senang sikit.

Tapi tulah, bongok pi rembat bas. Ikut sangat apa yang omma cakap. Tengok lah sekarang.

" patut ke, aku call grab sekarang. Semata - mata untuk masuk ke dalam tu je. Ha 'tu je' sangat lah. Makan meter juga. " kali ni bukan rip untuk kaki je.

Sekali dengan lemak.

" cik, orang baru kat sini ke ? " Hanna menoleh ke arah gerangan tersebut.

Dengan memek muka pasrah dia pandang seorang pangkat pakcik - pakcik sedang memandangnya pelik.

Engko yang pelik sekarang ni, dok pandang orang.

" haah. Apesal ? Tak boleh ke aku nak pindah sini ? TAK BOLEH KE ? " soalnya kembali dengan mata dibesarkan.

Frust sangat gamaknya.

Pakcik yang berpakaian seperti pengawal itu pun, lantas tangan memegang dada. Bukan sentap tapi terkejut tengok muka manusia terlebih hodoh macam ni.

" bukan macam tu. Tapi ahjussi cuma pelik, dari tadi terpacak kat depan ni. Kot - kot lah budak sesat, tak jumpa rumah. Ha itu yang tanya, kenapa TAK BOLEH KE ? " ayat yang sama ditekankan.

Hanna pula yang memegang dadanya. Kali ni, sentap yang bebetul.

Kurang ajar sangat kah dia ?

Bak kata pepatah ; pegang lah dada, tanya selera.

Dada ; nehi feelings found.

" uhuks! Maafkan saya, boleh tumpang tanya ? " pakcik pengawal itu berpeluk tubuh.

" tak boleh! " jelingnya tajam.

Ewah, ni sesi balas dendam ke apa ?

Hanna ukirkan senyuman manis.

" jangan lah, macam tu. Saya betul - betul terdesak sekarang ni. " nada suara Hanna kini bertukar sayu.

Pakcik pengawal itu masih lagi dengan lagaknya. Berpeluk tubuh.

Hanna pula hanya mampu memaki dalam hati. Dia tersangatlah perlukan pertolongan dari ahjussi tua berkedut sepuluh itu.

" tolong lah, ahjussi. Kasihani lah saya. " memek muka sedihnya juga ditayang.

Mahu tidak mahu, pakcik pengawal itu mengangguk jua. Termakan dengan rayuan gadis biadab itu. Mana taknya, kalau tapak kaki dia sekali dipegang.

Bukan pegang dah tapi lebih kepada picit.

" yelah - yelah. Engko bangun sekarang. Bukan sakit hati aje sekali dengan sakit kaki dapat dengan engko ni. " Hanna bangun perlahan - lahan, mengesat hingus palsunya.

" apa engko nak ? " soal pakcik itu.

Hanna tersengih.

" tolong bawa saya ke rumah lot 97. "

" lah tadi kata, nak tanya aje. Nak kata Melayu sangat tapi engko kat korea sekarang ni. "

Hanna bingung. Melayu ? Nama manusia ke haiwa-

" takpe lah, engko tunggu kejap. Aku nak kabor dengan kawan aku dulu. " pakcik pengawal itu mula berlalu semula ke pondok.

Hanna hanya melihat kelibat pakcik pengawal itu. Jam ditangan dikerling.

11:12am|

Boleh tahan jauh juga dari rumah keluarga dia. Em, keluar dari rumah tadi pukul 9 pagi entah berapa minit dia. Sekarang dah pukul 11 lebih.

Makan banyak masa juga.

" ha marilah kita berangkat sekarang. Kita naik- "

" naik apa ? " potong Hanna.

Kerana terlebih ekshaited. Ingatkan naik motosikal ke kereta mewah ke, tak pun basikal. Basikal pun okey.

" naik.... TAPAK KAKI. "

" tapak kaki aku pun, memang nak naik muka kau. "



- t b c

°

" you nice, keep going. "

' Naiseu! '

[ 28 March, 2019 ]

Parking -  ᴊᴊᴋ°Where stories live. Discover now