Kelihatan dari jauh seseorang sedang memerhati aku daripada jauh.
Aku sedang menarik kotak makanan ringan yang baru sampai masuk ke dalam 1 Eleven.
Acah-acah berat. Padahal boleh je aku angkat satu jari.
Cahaya lampu malam menyinari dia yang sedang duduk di atas motor.
Enjin motorsikal dimatikan.
Lelaki berhelmet gelap itu menekan-nekan skrin jam tangannya.
"Kami dah jumpa dia.."Maklum lelaki berhelmet gelap melalui jam tangan pintarnya.
"Bagus..mulakan rancangan seterusnya.."Senyuman sinis lelaki yang berada di dalam panggilan terukir.
"Auchh!"Aku mengeluh kesakitan apabila tanganku terhiris akibat hendak memotong tali kotak makanan ringan tersebut.
Darah mula mengalir dengan banyak.
Titisan darah jatuh ke lantai.
"Aduhh! Macam mana boleh terpotong tangan sendiri ni! Hishh!"Berang aku melihat darah yang masih mengalir daripada jari telunjuk kananku.
Kelihatan isi kulit jari telunjukku terbuka.
Aku bergegas berlari ke stor belakang.
Darah-darah yang mengalir mula menitik di lantai sepanjang perjalanan ke stor belakang.
Pintu bilik air tertutup.
"Siapa dalam tandas?? Cepat sikit!"Arah aku sambil pintu tandas diketuk-ketuk.
"Hah! Kejap-kejap!"Suara Addam kedengaran dari dalam.
Bunyi flush mangkuk tandas kedengaran.
Pintu tandas dibuka oleh Addam.
Dengan pantas aku masuk ke dalam tandas sejurus Addam keluar.
"Sorry-lah kalau agak berbau sikit hehe"Kata Addam sambil tersengih seperti kerang busuk.
"Tak apa..tak apa.."Pintu bilik air terus ditutup oleh aku.
"Dah kenapalah dengan minah ni? Kelam kabut semacam.."Pelik Addam sambil berjalan keluar daripada stor belakang.
Addam terkejut melihat darah-darah yang menitik di atas lantai.
"Eh? Darah apa ni?!"Addam terbeliak lalu mengekori kesan darah tersebut untuk mencari puncanya.
Titisan darah tersebut membawa Addam ke hadapan pintu tandas.
"Bella?"Addam mengerutkan dahi.
Aku menggunakan kuasa penyembuhan aku.
Cahaya hijau bersinar dan hirisan kulit yang terbuka luas bercantum semula seperti sediakala.
"Bella! Kau okey ke?? Siapa tikam kau??"Fikiran Addam melalut.
Addam sedang mengelabah di luar sambil pintu diketuk dengan kuat.
Addam cuba untuk membuka pintu tetapi dikunci dari dalam oleh aku.
"Dah pahal dia ni? Siapa tikam aku?"Gumam aku seorang diri sambil membersihkan darah pada tangan dan jari telunjuk aku.
"Kepala hotak kau aku kena tikam!"Jerit aku dari dalam.
"Habis tu darah-darah ni?!"Jerit Addam pula.
Kami berbalas jeritan.
"Haishh..tak ada apalah.."Aku membuka pintu tandas sambil membawa mop.
YOU ARE READING
1 DISEMBER
Short Story1 Disember 12:00 a.m. Tarikh dan masa Bella dilahirkan ke muka bumi. Tarikh yang membahagiakan buat Umi dan Abahnya. Tarikh di mana Umi dan Abah Bella menyambut kelahirannya setiap tahun. Tetapi.. Sejurus umurnya melangkah genap 7 tahun. Bella dikur...