"Tet..tet..tet"
Hafiz menekan-nekan pada skrin komputer yang terletak di atas kaunter pembayaran.
Dia mengajar aku cara menggunakan benda alah ni.
Wehhh aku tak tahu do!
Its complicated!
Kat mananya top-up, kat mananya surat khabar, kat mananya minuman slurpee dan bermacam lagi benda yang tak boleh diimbas boleh mesin pengimbas barcode.
Aku menggaru kepala aku.
"Tak apa..first time memang macam beruk..garu-garu kepala..lepas ni cekaplah.."Balas Hafiz selamba sambil membetulkan cermin matanya.
"Apa kau kata? Beruk ek??"Tanya aku sengaja sambil mengetap gigi.
Hafiz ni sama umur dengan aku.
Dia awal 3 bulan kerja 1 Eleven ni.
"Eh tak..ikan..ikan kan pekak..tak ada telinga.."Jawab Hafiz selamba.
"Hishh dia ni!"Aku menumbuk lembut lengan ototnya yang kering.
Hafiz terus terpeluk mesin pembayaran.
Cermin matanya hampir terbang jauh tetapi sempat disambutnya dengan pantas.
Aku terbeliak sambil cuba membantu Hafiz berdiri dengan betul.
"Hoi! Badan kecik tapi.."
"Ting tong!" Bunyi penggera membuatkan aku dan Hafiz tersenyum palsu.
"Selamat Datang!"Ucap aku sambil tersenyum manis hipokrit.
Pelanggan lelaki itu berjalan masuk sambil membalas senyuman aku dan Hafiz.
"Aku nak tengok kau jaga kaunter."Bisik Hafiz pada aku.
"Weii! Kau agak-agaklah..aku baru sehari kot..takkanlah nak kena jaga kaunter yang ada banyak duit ni..nanti karang tersalah macam mana?"Bisik aku perlahan kelam kabut cuba menghindar.
"Jangan risau..aku ada..hah tu! Dia datang!"Hafiz berdiri menjauh di sebelah aku.
Pelanggan lelaki itu menghampiri kaunter sambil membawa minuman tin 200plus.
Iya, bukan typo. Memang ada.
Jangan Google!
"Top-up Celkom Rm50.."Beritahu pelanggan tersebut sambil meletakkan air tin di atas kaunter pembayaran.
"Celkom Rm50 ye?"Tanya aku untuk kepastian.
Takut salah doo.
Mahunya nanti aku kena potong gaji kalau salah.
Sekali lagi, bukan typo ye. Memang Celkom pun.
Pelanggan tersebut mengangguk sambil tersenyum memandang aku.
Janganlah pandang aku!
Ni nervous ni!
"Adududuhhh!"Keluh aku di dalam hati.
Aku menekan skrin komputer teragak-agak.
Jangan kecam, baru lagi kan.
YOU ARE READING
1 DISEMBER
Cerita Pendek1 Disember 12:00 a.m. Tarikh dan masa Bella dilahirkan ke muka bumi. Tarikh yang membahagiakan buat Umi dan Abahnya. Tarikh di mana Umi dan Abah Bella menyambut kelahirannya setiap tahun. Tetapi.. Sejurus umurnya melangkah genap 7 tahun. Bella dikur...