♕15

768 58 17
                                    

"Tak!!!! Tak boleh macam ni!!! Tak boleh!!!"Aku menangis teresak-esak.

Harith sudah ketawa sambil mengejek-ejek aku.

Abah seperti sedang memikirkan sesuatu.

Mata abah meliar memandang sekeliling.

Pistol salah seorang konco Harith yang sedang terbaring ditenung abah lama-lama.

Abah mengambil peluru jarum yang bertebaran jatuh ke tanah.

Lalu ditelitinya.

" Baby!!! Cucuk dia pakai ni!"Jarum tersebut dibaling ke arah aku.

Jarum tersebut aku biarkan jatuh bersebelahan aku.

Aku tidak peduli.

Yang aku peduli sekarang ni apa yang perlu aku lakukan untuk selamatkan Beyto.

Aku masih meronta menangis memeluk Beyto yang sudah tidak bernyawa.

"Kau ingat dia sekarang ada masa nak fikir untuk bunuh aku? Sekarang ni dia tengah tengelam dalam emosi kacau dia! HUAHAHAHA!!"Ketawa Harith sekuat hati.

Gembira melihat aku sedang meratap kesedihan memeluk Beyto sambil menangis.

Abah dan umi simpati melihat aku yang masih menangis seperti suami mati.

Harith masih ketawa seperti orang gila melihat drama sedih aku.

Harith mengusap air matanya akibat ketawa berlebihan sebelum hendak beredar daripada situ.

Abah dan umi menghampiri aku.

Mereka berdua terkejut melihat Beyto seorang diri di situ.

Aikk? Mana aku?

Mereka tercari-cari aku.

"Kau ingat..kau boleh lari macam tu je?"Kata aku dengan nada bengang.

Harith terkejut lalu memaling ke arah belakang.

Matanya terbuntang luas.

"Erghhh!!"Dia mengeluh kesakitan sambil memegang dadanya.

Dadanya terasa perit sekali.

Aku sudah pun membenamkan jarum yang tadi diberikan oleh abah.

Kesemua pistol yang berisi peluru jarum tersebut terapung ke udara.

Begitu juga peluru jarum yang bertebaran di lantai.

Beratus-ratus jarum tersebut menuju ke arah aku dan berkumpul di belakang aku.

Kesemuanya tersusun kemas di belakang aku, menunggu masa untuk melepaskannya ke arah sasaran. Iaitu Harith.

"Macam mana...kau? Bukan dalam visi aku? Kau--"Kata Harith teragak-agak.

"..meronta kesedihan??? Lemah tak berdaya?! Kau salah! Aku akan tuntut nyawa Beyto atas kematian kau!!!" Kata aku dengan nada tinggi.

Kesemua kekuatan aku kembali.

Nampaknya dia terlampau bodoh untuk berfikir.

Aku bukan manusia biasa..

Tapi luar biasa!!

Aku nampak segalanya tentang visi dia.

Tentang apa yang bakal terjadi kepada Beyto.

Melihat aku meronta tak tentu arah.

Habis tu kalau sudah tahu perkara yang akan terjadi pada Beyto?

1 DISEMBERWhere stories live. Discover now