Selepas ibu dan ayah mertua Ashraf beredar, kakak-kakaknya pula mendekati Ashraf.“Tak apa ke Ashraf sorang-sorang kat sini?” risau Ainuri.
“Jangan risau, kak long. Pandailah adik jaga isteri adik. Kak long tu, jaga laki kak long baik-baik. Lama tak jumpa, kak long langsung tak peluk cium dia pun. Kak ngah dan kak chik sekali. Merajuk mereka nanti kalau dibiarkan lama-lama. Cari lain baru tahu,” usik Ashraf untuk menukar mood suasana ketika itu.
“Apa adik cakap!” serentak kakak-kakaknya.
Asmina dan Ayuni serentak menarik telinga Ashraf manakala Ainuri memukul lengan Ashraf dengan kuat.
“Aduh aduh! Sakitlah kak. Abang, tolong!” kesakitan Ashraf.
Geli hati Naim, Ikram dan Zul Hanif sebelum mereka membantu Ashraf.
“Sabar, sayang. Dia bergurau je tu,” belakang Ainuri diusap lembut oleh Naim.
“Dahlah, sayang. Cabut pula telinga dia nanti. Lepaskan tangan tu,” lembut Ikram sambil menarik tangan Asmina dari telinga Ashraf sebelum memeluk bahu gadis itu.
“Bawa bertenang, sayang. Macamlah abang nak cari lain bila dah ada sorang ni,” Zul Hanif memeluk tubuh Ayuni selepas menjauhkan gadis itu dari Ashraf.
Tersenyum Ashraf apabila melihat abang-abang iparnya sedang menyejukkan hati isteri masing-masing. Dia bersyukur kerana kakak-kakaknya sudah menemui cinta hati masing-masing.
Seperti dia juga, kakak-kakaknya turut mengakhiri zaman bujang mereka pada usia yang muda sebelum melanjutkan pelajaran di Melbourne. Walaupun keberatan, namun suami mereka tetap memahami dan setia menanti kepulangan isteri masing-masing.
“Hah! Termenung mana tu!” sergah Asmina menyebabkan Ashraf tersedar ke dunia nyata.
“Tak ada apa-apalah, kak ngah. Dahlah. Abang-abang dan kakak-kakak sekalian, waktu melawat nak tamat ni. Cepat balik sekarang,” sengaja Ashraf.
“Menghalau kamilah tu,” panjang muncung Ayuni.
“Hehe. Mana ada menghalau, kak chik. Adik cakap benda yang betul je,” bidas Ashraf.
“Ada je benda dia nak menjawab,” geram Asmina.
Tersengih Ashraf sambil mengusap belakang lehernya.
“Baiklah. Kami balik dulu. Jangan lupa berehat ye, adik. InsyaAllah ada masa, kami datang esok,” tubuh Ashraf dipeluk Ainuri dengan erat.
“Kak long pun berehat juga ye. Abang Naim jaga kak long baik-baik ye,” pesan Ashraf semasa bersalaman dengan Naim.
“Jangan risau, Ashraf. Sudah menjadi tanggungjawab abang untuk jaganya,” balas Naim sambil memegang tangan isterinya.
Kemudian, Asmina pula memeluk tubuh adik lelakinya. Diikuti dengan suaminya, Ikram.
“Abang Ikram, kak ngah makin ‘ganas’ tau. Hati-hati ye,” bisikan Ashraf pada telinga Ikram dapat didengari jelas oleh Asmina.
“Apa kau kata!” geram Asmina.
“Hehe. Gurau jelah, kak ngah. Janganlah marah. Nanti cepat tua. Kesian abang Ikram nanti,”
“Adik!”
Sebelum Asmina meletus kemarahannya, pantas Ashraf memeluk semula tubuh kakaknya itu.
“Hehe. Kak ngah jaga diri ye. Sayang kak ngah,” sapa lembut suara Ashraf pada telinga Asmina.
“Pandailah adik nak pujuk kak ngah,” Asmina melepaskan pelukan mereka dengan lembut.
“Kami balik dulu ye, Ashraf. Jumpa lagi,” lalu Ikram dan Asmina keluar dari wad itu.
YOU ARE READING
[C] Suamiku Pondan?!
RomanceShayla Fiona merupakan seorang gadis yang menyelamatkan Ashraf Hakimi daripada dibuli sewaktu hari pertama jejaka itu bersekolah di sebuah sekolah menengah. Selesai SPM, Ashraf mendapat tawaran sambung belajar di luar negara dan terpaksa berpisah de...