“Assalamualaikum,” pintu wad terbuka dari luar.“Waalaikummusalam,”
Serentak Fiona dan Ashraf memandang pelawat yang masuk ke dalam wad itu.
“Ibu! Ayah!” ceria muka Fiona apabila ternampak Puan Hanisah dan Encik Hairol.
“Menantu ibu,” pantas tubuh Fiona dipeluk erat.
Ashraf yang ketika itu duduk di belakang Fiona di atas katil untuk mengurut bahu isterinya turun dari katil memberi ruang untuk para pelawat.
“Rindunya kami pada Fiona. Fiona ok ke? Ada rasa pening-pening ke?” soal Encik Hairol ketika Fiona mencium tangan yang disuakan.
“Alhamdulillah Fiona makin sihat, ayah. Cuma, rasa lenguh-lenguh badan je sebab lama tak digunakan. Hehe,” sengih Fiona.
Matanya mula teralih memandang tiga gadis dan tiga jejaka yang mendekatinya.
“Oh? Kak long, kak ngah dan kak chik, kan?” lebar senyuman Fiona.
“Fiona!” mereka turut tersenyum sebelum memeluk tubuh adik ipar mereka.
“Akhirnya kita bertemu juga. Gembiranya,” ceria suara Ayuni.
“Hehe. Maafkan Fiona sebab banyak menyusahkan semua,” kesal Fiona sambil menundukkan kepalanya sedikit selepas pelukan dilepaskan.
“Apa pula menyusahkan, Fiona. Kami tak pernah terfikir ianya menyusahkan,” tegur Ainuri.
“Betul tu, Fiona. Bila Fiona susah, kami bantu. Mungkin esok lusa pula Fiona yang bantu kami. Kita tak tahu percaturan hidup kita, kan?” kata Asmina.
“Hehe. Maaf,” sesal Fiona.
“Oh ya. Fiona mesti tidak kenal jejaka-jejaka ni. Abang, sini,” panggil Ayuni sambil memanggil suaminya.
Zul Hanif, Naim dan Ikram mendekati katil Fiona manakala Encik Hairol, Puan Hanisah dan Ashraf memberi ruang untuk mereka.
“Fiona mesti dah kenal saya. Saya suami Ayuni merangkap bos Fiona,” terlopong mulut Fiona ketika Zul Hanif memperkenalkan dirinya.
“Saya pula, Naim. Suami kepada Ainuri,” kata Naim sambil memegang tangan Ainuri yang berada di sebelahnya.
“Oh? Bukan ke awak yang selalu ekori saya semasa saya sambung belajar dulu?” soal Fiona apabila mengenali jejaka itu.
“Haha. Kantoi,” geli hati yang lain apabila Fiona mengenalinya.
“Ha’ah, Fiona. Kak long yang suruh abang Naim menjadi pengawal Fiona untuk menjaga keselamatan Fiona. Maafkan kak long sebab buat semua ni tanpa pengetahuan Fiona,” ujar Ainuri.
“Eh? Tak apalah, kak long. Fiona Cuma terkejut je,” balas Fiona dengan lembut.
“Saya pula, Ikram, suami kepada Asmina,” celah Ikram yang sedang memeluk bahu Asmina.
“Hah? Bukan ke awak yang kendalikan kes saya semasa rumah sewa saya diceroboh masuk?” terkejut semua apabila mendengar kata-kata Fiona.
Pantas Ashraf mendekati isterinya.
“Rumah sewa sayang dimasuki orang?!” soal Ashraf untuk kepastian.
Fiona yang menyedari dirinya terlepas cakap terus menutup mulutnya. Rahsia yang dia sembunyikan selama ini akhirnya terbongkar juga disebabkan dirinya sendiri.
“Jangan risau, Ashraf. Tiada apa-apa yang berlaku. Kejadian tu berlaku semasa Fiona dan kawan serumahnya tiada di rumah untuk menghadiri kelas. Jadi, selepas kejadian itu, Fiona tinggal bersama-sama dengan ibu bapa angkatnya,” cerita Ikram.
YOU ARE READING
[C] Suamiku Pondan?!
RomanceShayla Fiona merupakan seorang gadis yang menyelamatkan Ashraf Hakimi daripada dibuli sewaktu hari pertama jejaka itu bersekolah di sebuah sekolah menengah. Selesai SPM, Ashraf mendapat tawaran sambung belajar di luar negara dan terpaksa berpisah de...