Bab 4 : Pujuk

5.2K 212 16
                                    


Ashraf yang sudah duduk di atas tempat duduknya turut mengesat air matanya. Sungguh perit dan pedih rasanya apabila berpisah dengan orang yang dia sayang. Namun, dia harus kuat. Demi isteri dan masa depannya.

Kapal terbang mendarat di lapangan terbang Melbourne dengan selamat.

Kelihatan Ashraf yang muncul di balai tiba terus dikerumuni oleh tiga orang gadis.

“Assalamualaikum, Ashraf? Sihat ke?” Nur Ainuri memulakan percakapannya.

Ashraf memandang wajah ketiga-tiga gadis itu sebelum air matanya kembali mengalir.

Tanpa berfikir panjang, tubuh ketiga-tiga gadis itu terus dipeluknya.

Berpandangan mereka bertiga dengan tindakan drastik jejaka itu. Apatah lagi dengan wajahnya yang bercucuran dengan air mata.

“Ini peluk kami sebab rindu ke atau teringatkan isteri di rumah?” usik Nur Asmina.

“Wuah!” terkejut mereka apabila Ashraf menangis semakin kuat.

“Apa ni, kak ngah. Makin kuat dia menangis adalah,” marah Nur Ayuni merangkap kak chik Ashraf.

“Jangan begini, dik. Macam mana isteri adik nak tenang kalau adik macam ni? Dah dah. Tak mau nak menangis. Kata anak jantan. Macam mana nak jadi suami dan ayah lepas ni? Keraskan sikit hati tu,” pujuk Ainuri merangkap kak long Ashraf sambil mengusap belakang tubuh adik lelakinya.

“Kak long, ramai yang pandang kita ni. Jom kita balik sekarang. Malulah,” perlahan suara Ayuni kedengaran sambil matanya meliar memandang sekeliling.

Beberapa orang yang berada di situ sibuk memerhatikan mereka berempat. Mungkin pelik melihat apabila seorang lelaki menangisdi dalam pangkuan tiga orang gadis.

“Baiklah. Ayuni dan Asmina tolong ambil bagasi adik ye. Kak long nak bawa adik masuk ke kereta dulu,” pesan Ainuri pada adik-adik perempuannya.

“Yelah,” malas mereka membalas sebelum mengambil bagasi Ashraf.

Di dalam kereta, Ainuri membukakan pintu penumpang di bahagian hadapan.

“Masuk dik. Kak long nak masukkan beg adik kat bonet jap,” akur Ashraf.

Selepas Ashraf masuk ke dalam kereta, pintu kereta ditutup sebelum Ainuri membuka pintu bonet belakang. Beberapa bagasi yang dibawa oleh Ayuni dan Asmina disusun kemas di dalam bonet. Selesai sahaja, Ainuri masuk di bahagian pemandu manakala Ayuni dan Asmina duduk di bahagian penumpang belakang.

Kereta mula meninggalkan lapangan terbang Melbourne menuju ke rumah penginapan mereka.

Ainuri, Ayuni dan Asmina merupakan kembar tidak seiras di mana umur mereka beza 5 tahun daripada adik kandung lelaki mereka, Ashraf. Mereka bertiga telah menetap sementara di bandar Melbourne selama 3 tahun.

“Ashraf ok tak ni? Lapar tak? Ke ada rasa nak makan apa-apa?” prihatin Ainuri.

Ashraf hanya membalas dengan gelengan kepala.

“Asmina, dah beritahu ibu dan ayah ke yang adik dah sampai ni?” soal Ainuri sambil memandang wajah adiknya melalui cermin pandang belakang.

“Dah, kak long. Mereka suruh kita jaga adik hingusan ni baik-baik,” ejek Asmina sambil mencuit lengan Ashraf.

“Asmina!” tegas suara Ainuri kerana sikap Asmina yang gemar mengusik adik lelaki mereka sejak dari kecil lagi.

“Kak long, nanti singgah kedai makan dulu ye. Kita bungkus je. Lepas tu, kita makan di rumah,” kata Ayuni yang sememangnya kuat makan orangnya.

[C] Suamiku Pondan?!Where stories live. Discover now