Jungkook kerutkan kening melihat meja Jihyo kosong. Dah pukul 9 pagi, kenapa masih kosong? Nak kata dia terlewat mustahil lah. Ponteng, lagilah mustahil sebab Jungkook kenal Jihyo macam mana orangnya.
Dia takkan buat macam tu.
Bibirnya dikemam. Nak telefon, dia sudah buang nombor telefon Jihyo sejak mereka putus 3 bulan lalu.
Jungkook serabut.Dia cuba fokus sepanjang proses pembelajaran berjalan, namun gagal.
Mindanya pasti menerawang tentang Jihyo.
+
Selesai sahaja kelas, Jungkook bergegas kemas barangnya dan keluar kelas. Langkahnya diperlajukan hingga Yeoreum yang panggil dia pun, diendahkannya.
❝Jungkook!❞
Yeoreum kerutkan kening, hairan dengan perilaku kekasihnya itu.
Bergegas semacam saja.
Dia panggil pun tak layan.
Yeoreum mengeluh halus.
+
Ting Tong!
Jihyo berdecit malas tatkala loceng apartment nya ditekan berkali-kali. Dengan sedaya-upaya, dia cuba bangun. Kepalanya terasa semakin berdenyut, namun digagahkan juga dirinya untuk berdiri.
Dengan langkah perlahan, dia berjalan menuju ke pintu apartment nya.
Pandangannya mula kabur sedikit demi sedikit.Janganlah sekarang, tolong.
Tangannya perlahan-lahan mencapai tombol pintu.
Klik!
Belum sempat dia melihat figura di hadapannya, dia sudah jatuh pengsan ke dalam dakapan seseorang.
❝JIHYO!❞
Jungkook?
YOU ARE READING
The End of Us 💔 ☑️
Fanfic❝Please, be happy❞ Letting go is the only way, even it hurts you a lot. A Jeon Jungkook ft Song Jihyo Fanfiction Short Story Completed