Sinopsis Ringkas

364 19 0
                                    

Semua orang ada rahsia. Anda yang sedang membaca ini pun pasti ada rahsia sendiri bukan? Tapi berapa yakin yang rahsia kita benar-benar rahsia? Ini adalah sebuah kisah tentang tujuh sekawan. Enam daripada mereka sering berkongsi rahsia dengan seorang itu sahaja. Tapi, mereka tidak pernah peka tentang apa yang diharungi oleh rakan mereka itu.

Sehinggalah, rakan mereka itu meninggal dunia. Di sebuah kolam renang. Dengan pil Xanax bertaburan. Semua terperanjat. Semuanya bagaikan tak percaya.

Lagilah mereka tak percaya apabila sehari selepas pengebumian, setiap daripada mereka menerima nota bertulis "Aku Tahu Rahsia Kau" di kediaman masing-masing. Tapi, satu-satunya orang yang mengetahui mereka itu sudah meninggal dunia. Atau ada orang lain? Atau, betulkah yang meninggal itu meninggal?

Biarlah rahsia...


Biarlah RahsiaWhere stories live. Discover now