Tiga Hari Sebelum Kejadian - 10:27 Malam

321 26 1
                                    

"Okey, aku tahu apa. Never have I ever, lying on this game?"

Semua tidak menurunkan jari. Aku dapat melihat Khairul hanya tersenyum di situ dengan riak sinis. Aku tahu apa yang dia maksudkan. Pasti ada yang menipu sepanjang permainan.

"Betul? Wow, baik betul korang."

"Proceed next question, please." Kay mengarah. Eleh, takut kantoilah tu.

Aku pandang Khairul. Aku susah untuk membaca riak wajah dia. Misteri sangat. Sekali pandang, memang susah untuk kau teka. Dan rasanya, memang sesiapa saja susah untuk menekanya.

"Okay, my turn. Never have I ever kissed anyone in this circle?" Akif bertanya. Aku tahu niatnya nak mengenakan Kay dan Awey yang sememangnya tengah couple tu.

"Bitch, seriously?!" Kay menurunkan jarinya yang kini tinggal empat sahaja.

"Not funny, dude." It is funny, Awey. Jarinya tinggal tiga. Patutlah not funny.

"Wait, Khairul kenapa turun?" Lisa bertanya kehairanan melihatkan jari Khairul kini sudah menjadi enam. Semua mata kini tertumpu padanya. Dia masih tersenyum dengan riak selamba.

"What? Apa yang peliknya?"

Semua memandang satu sama lain. Selain daripada Kay dan Awey juga Khairul, tiada siapa yang menurunkan jari mereka. Wajah masing-masing semuanya tegang sahaja.

"Khairul, siapa?" Syaqif bertanya.

"Biarlah rahsia. Kalau orang tu jujur, dia dah angkat tangan."

Semua saling memandang satu sama lain. Aku juga turut berbuat demikian. Muka masing-masing aku pandang. Seriuslah tak ada siapa nak mengaku?! Hina sangat ke cium si Khairul ni?!

"Tak apalah, biarlah rahsia."

Biarlah RahsiaWhere stories live. Discover now