Nota Untuk Cinta Hati

136 21 9
                                    

Kepada suami yang saya cintai sepenuh hati,

Oppa, saat nota ini berada di tangan oppa, kemungkinan saya sudah pergi dari sisi oppa. Tapi, bukankah ini yang oppa mahu?

Saya nak minta maaf atas segala kekurangan saya selama lima tahun kita bersama. Mungkin saya tidak cukup baik untuk oppa. Sebab itulah oppa tidak pernah ada walau sekelumit rasa cinta untuk saya. Saya redha. Mungkin ini adalah balasan Tuhan atas segala perbuatan dosa saya kepada keluarga dan teman-teman rapat.

Oppa,

Terima kasih. Terima kasih kerana benarkan saya bersama dengan oppa dalam tempoh perkahwinan kita. Terima kasih juga kerana benarkan saya lahirkan Park Jaechan, anak kita, melalui rahim saya. Terima kasih atas segala keperluan dan kemewahan yang oppa limpahkan pada saya. Tapi, kalau oppa mahu saya pulangkan segala duit yang oppa bagi, saya ada selitkan sekali dengan kad kredit bersama nota ini. Dalam kad tersebut adalah jumlah wang yang oppa telah berikan pada saya sejak saya menjadi isteri oppa. Sedikit pun saya tidak belanjakannya.

Oppa,

Saya... sangat cintakan oppa. Tapi saya tahu, perasaan ini... oppa takkan sesekali membalasnya. Kerana dalam hati oppa, hanya ada seorang wanita saja. Dan wanita itu bukanlah saya. Saya cemburu. Cemburukan wanita itu. Kerana dia yang memegang hati oppa dan bukannya saya. Saya tak dapat rebutkan ia. Jadi saya hanya mampu melepaskan...

Husband,

If one day, one day... saya dah memang ghaib dari hidup oppa, oppa akan cari saya? Ah... sudah tentulah tidak, kan? Buat apa oppa bazirkan masa untuk cari saya, isteri yang tidak dicintai? Saya faham. Oppa tak perlu rasa serba salah. Siapalah saya untuk memiliki sekeping hati Park Chanyeol. Tapi, kalau ditakdirkan saya tidak lama di dunia ini, adakah oppa akan kekal bersama saya sehingga nafas terakhir saya?

Cinta hati saya, Park Chanyeol,

Saya sayang awak selamanya. Tiada lelaki lain yang boleh gantikan awak didalam hati saya. Walaupun cinta saya tidak berbalas, saya akan tetap simpan perasaan ini sehingga ke hujung nyawa.

Farewell, my beloved husband. Hope we will meet again.

Love,
Your wife, Song Hyunjoo.

You Never Love Me | PCY (ON-HOLD!) Where stories live. Discover now