2

69 9 1
                                    

Adakah ini realiti? Atau cuma mimpi? Kalau ini hanyalah mimpi, aku tidak mahu bangun! Siapa sangka, lelaki pujaanku kini duduk dihadapanku sambil mengulangkaji! Tiada kata yang mampu menunjukkan betapa bahagianya aku. Beberapa kali mataku melirik memandangnya. Selalunya setiap kerja yang aku lakukan pasti akan siap dengan cepat tapi dengan kehadiran Park Chanyeol, sejam sudah berlalu namun kerja aku masih lagi tergendala. Ah, apa kena dengan kau ni, Song Hyunjoo?!

Seperti tadi, aku masih memandangnya yang sedang ralit mengulangkaji. Nota dihadapanku entah apa yang terjadi. Kalau ada orang yang melihatnya pasti mereka pelik kerana tiada satu pun nota yang aku catat! Cuma sekadar doodle dan nama dia. Ya, nama lelaki itu.

Ya, Tuhan... Park Chanyeol sememangnya satu gangguan yang besar untuk aku tepis.

"Dah siap salin nota ke?" Soalnya tiba-tiba. Aku tersentak. Aku memandangnya yang masih tekun membuat kerja. Ba-- bagaimana aku boleh tertangkap?!

"Eo- eoh? Be- belum..." ujarku separa berbisik. Aku menunduk malu dan mula menulis butir-butir ayat pada buku tebal berkenaan.

"Saya ingatkah awak sudah siap. Sebab awak asyik tenung saya sejak setengah jam yang lepas." Ujarnya. Kata-kata Chanyeol berjaya membuatkan wajahku semakin membahang.

"Sun- sunbae perasan?" Dia memandangku. Satu senyuman manis diberikan kepadaku. Aku tersipu malu.

"Awak asyik sangat tengok saya. Ada benda yang menarikkah pada wajah saya?" Soalnya lembut. Aku melarikan pandangan.

Ya! Wajah awak terlalu kacak! Segalanya pada awak sangat menarik perhatian!

Tapi luahan itu hanya mampu aku simpan dalam hati. Malulah kalau aku luahkan secara terbuka. Nampak sangat seperti wanita terdesak. Aku tidak mahu Chanyeol memandang serong kepadaku. Dia sudi belajar semeja dengan aku pun sudah mampu membuatkan aku pengsan di sini.

"Ah.... erm... siapa saja yang tak akan tertarik dengan wajah kacak sunbae, kan?" Balasku dengan senyuman kecil. Bagus, Hyunjoo! Jawapan yang paling bagus kau bagi.

"Hahahahaha. Awak ni kelakarlah, Hyunjoo-sshi. Memang ada ramai orang yang tertarik dengan wajah saya. Tapi...."

Dia berhenti berbicara. Matanya menikam anak mataku. Kenapa...?

".... awak tak tertarik, kah?" Soalannya membuatkan aku terkedu.

Cepat-cepat aku melarikan pandangan. Aku dapat merasakan wajahku semakin memanas. Kenapa dia bertanyakan soalan yang sebegitu? Tidak keruan aku jadinya. Aku berpura-pura untuk menumpukan perhatian pada kerjaku. Membiarkan soalannya melayang seperti angin. Memang taklah aku akan jawab soalan seperti itu! Nanti dia pasti tahu isi hati aku!

Aku perasan dia hanya tersenyum melihat aku tidak menjawab soalannya. Dia kemudiannya mengemas buku-bukunya dan bangun dari kerusi. Aku memandangnya. Eh, takkan merajuk pula aku tidak menjawab soalannya?

"Sun-- sunbae nak ke mana?" Soalku. Dia masih melemparkan senyuman manisnya kepadaku.

"Saya ada kelas lepas ni. Maaflah tak dapat teman Hyunjoo-sshi lebih lama. Jumpa lagi," ujarnya lalu beredar pergi. Aku hanya mampu mengawal riak wajahku dari kecewa.

Park Chanyeol, kalau awak nak tahu, saya memang tertarik dengan awak sejak first year saya lagi. Bukan setakat wajah malah perwatakan awak juga.

Saya suka awak Park Chanyeol.





Aku menatap pemandangan padang universiti yang luas itu. Aku kini berada pada salah satu tempat duduk penonton yang berbumbung. Kini waktu rehat, aku keluarkan roti dari beg sandangku. Bungkusan roti itu aku buka lalu satu suapan masuk ke dalam mulut.

You Never Love Me | PCY (ON-HOLD!) Where stories live. Discover now